awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat universiti awam perbaik kedudukan dalam ranking Asia

Bernama
Bernama
10/06/2015
09:25 MYT
Empat universiti awam perbaik kedudukan dalam ranking Asia
Empat universiti awam yang juga universiti penyelidikan negara berjaya memperbaiki kedudukan dalam QS University Ranking Asia 2015, berbanding tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
Empat universiti awam yang juga universiti penyelidikan negara berjaya memperbaik kedudukan dalam QS University Ranking Asia 2015, berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata Universiti Malaya memperbaik kedudukan dari tangga ke-32 tahun lepas kepada 29 tahun ini dan Universiti Sains Malaysia di tempat ke-49 berbanding 57 tahun lepas.
Selain itu, Universiti Teknologi Malaysia di tangga ke-61 daripada 66, Universiti Putra Malaysia (76 ke 66), manakala Universiti Kebangsaan Malaysia pula kekal pada kedudukan ke-56 seperti tahun sebelumnya, katanya.
QS University Ranking Asia menyenaraikan kedudukan 300 universiti terbaik di Asia, sejak 2009.
Tahniah UM: Berjaya melonjakkan ranking Asia ke kedudukan 29! @unimalaya @KemPendidikan @maryyapkc @PKamalanathan pic.twitter.com/E4xFufNMii
— Idris Jusoh (@idrisjusoh) June 10, 2015
Tahniah USM, UTM & UPM kerana melonjakkan ranking Asia & UKM mengekalkan prestasi eruskan! @KemPendidikan pic.twitter.com/LCNwfhpym4
— Idris Jusoh (@idrisjusoh) June 10, 2015
Idris mengumumkan perkara itu semasa menyampaikan taklimat Peningkatan Berterusan: Transformasi dan Kejayaan Pendidikan Malaysia di Wisma Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) di sini semalam.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Idris berkata pencapaian universiti awam negara semakin baik dalam pelbagai bidang sejak kebelakangan ini antaranya, tersenarai dalam 'top 100 subject ranking in the world' menerusi QS World University Rankings by Subject 2015.
Beliau juga yakin sasaran untuk universiti negara berada pada kedudukan 100 universiti terbaik di dunia dalam masa dua tahun lagi akan tercapai menerusi langkah sedia ada dalam Pelan Pembangunan Pendididikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.
Topic Berkaitan
#Idris Jusoh
#qs university ranking asia
#universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan