announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Enam inisiatif teras MEDAC bantu usahawan PKS, Mikro

Enam inisiatif teras MEDAC bantu usahawan PKS, Mikro
Sehingga 26 April 2020, RM4.5 bilion Dana Pinjaman Mudah PKS telah diluluskan kepada 8,500 PKS, kata MEDAC. - Gambar Hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia mengumumkan penambahan peruntukan Kemudahan Bantuan Khas (SRF), daripada RM2 bilion kepada RM5 bilion, bagi membantu lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Sehingga 26 April 2020, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berkata, RM4.5 bilion Dana Pinjaman Mudah PKS telah diluluskan kepada 8,500 PKS; peningkatan daripada RM2.7 bilion untuk 5,000 PKS.

Berikut merupakan enam strategi MEDAC yang mengandungi 30 inisiatif khusus untuk kumpulan sasar, iaitu usahawan PKS dan Mikro.


i- Meningkatkan Keyakinan Rakyat

Kumpulan Sasar:  Usahawan dan Rakyat

Program: 
a) Komunikasi Strategik Pasca COVID-19
b) Program Nyah COVID-19 (PNC)


ii- Memperkasakan Keupayaan Dan Kapasiti

Kumpulan Sasar:  Perusahaan Mikro, Koperasi, Startup Graduan dan Belia

Program: 
a) Technopreneurship Program For Fresh Graduates
b) Program Pemulihan Koperasi Terjejas
c) Young Innovative Entrepreneur Challenge  (YIEp Challenge)  
d) New Gen Startup BootCamp (Online Edition)
e) Bumiputera Enterprise Enhancement Program (BEEP)
f) Tunas Usahawan Belia Bumiputra (TUBE)
g) Agri Coaching and Industry Development
h) PUSH


iii- Meningkatkan Akses Dan Bantuan Pembiayaan

Kumpulan Sasar :  Perusahaan Mikro, PKS, Sektor Informal dan Koperasi

Program: 
a) Ar-Rahnu TEKUN
b) Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur
c) Geran Sepadan/Pembiayaan Kepada  Koperasi
d) BIG – Bankable, Investable, Gameplan
e) Business Accelerator Expansion
f) SME Investment Partnership (SIP)
g) Franchise Business Expansion Program
h) Women Entrepreneurship  Financing Program.


iv- Meningkatkan Penggunaan Teknologi

Kumpulan Sasar:  Perusahaan Mikro, PKS dan Koperasi

Program : 
a) Offline to Online (O2O) Program
b) MEDAC-MDTC I4.0 Accelerator Program
c) Adoption of Digitalisation Solutions (ADS) Program
d) Automation in Business Processes and Services Program


v- Membuka Dan Memperluaskan Pasaran

Kumpulan Sasar:  Perusahaan Mikro, PKS, Sektor Informal, Koperasi dan Startup

Program : 
a) Platform e-Pasaran
b) Mapping of Supply Chain
c) Zonepreneur/Compreneur
d) Pemasaran Online TEKUN
e) SMEs Going Global Program
f) Program Galakan Export Bumiputera (GEB)


vi- Menyampaikan perkhidmatan berkesan

Kumpulan Sasar:  Perusahaan Mikro, PKS, Sektor Informal, Koperasi dan Startup

Program: 
a) Pemerkasaaan Pusat Sehenti Keusahawanan
b) BIZZvisory (Interactive, Business Consultation, Monitoring & Coaching)


Sebagai inisiatif untuk membantu usahawan pada masa ini, MEDAC menerusi agensi di bawahnya juga sedang dan telah mengambil dan melaksanakan langkah-langkah berikut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP):

(i) Penyediaan Pembiayaan dengan anggaran peruntukan berjumlah RM786.5 juta oleh Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional (TEKUN) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada 4,133 penerima manfaat yang terdiri daripada individu, usahawan dan Koperasi;

(ii) Penangguhan Bayaran Balik pembiayaan oleh TEKUN kepada 209,479 usahawan berjumlah RM324 juta;

(iii) Penjadualan Semula Pinjaman Pembiayaan oleh TEKUN untuk 1,000 orang usahawan mikro dengan kos berjumlah RM10 juta;

(iv) Moratorium oleh semua agensi di bawah kementerian untuk 3,119,570 penerima manfaat dengan kos RM13.14 bilion;

(v) Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Tabung Model Pusingan (TMP-JPK) Oleh SKM kepada 1,000 koperasi berjumlah RM99 juta;

(vi) Pembiayaan Menerusi TMP-JPK Sehingga RM50 ribu tanpa cagaran dengan 'grace period' selama 6 bulan melibatkan peruntukan RM15 juta;

(vii) Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan Individu oleh koperasi perbankan untuk 1,254,339 koperasi dengan kos RM5.67 bilion;

(viii) Pinjaman Dana Likuiditi Pusat (CLF) dengan jumlah minimum permohonan dana RM500 ribu dengan tempoh pinjaman selama 1 tahun bagi Koperasi yang menghadapi masalah kewangan;

(ix) Pengurangan Caruman Kumpulan Wang Rizab Statutori Daripada 15% Kepada 8% daripada untung bersih berjumlah RM333 juta;

(x) Penangguhan Pendepositan Ke Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada semua koperasi bernilai RM571 juta;

(xi) Pengecualian/Pengurangan Sewa Bangunan *Milik Uda* Dengan Anggaran Kos RM12.4 Juta yang akan memberi manfaat kepada 1,828 orang usahawan;

(xii) Latihan Keusahawanan/Perniagaan Atas Talian Dengan Anggaran Peruntukan Berjumlah RM0.6 Juta yang akan memanfaatkan 82,717 orang usahawan;

(xiii) Memberi Kelulusan Bersyarat Pendaftaran Sijil Taraf Bumiputera Kepada 705 Kontraktor Bumiputera;

(xiv) Pelaksanaan 6 program berimpak tinggi melibatkan anggaran kos pelaksanaan berjumlah RM15,585,000 dan memberi manfaat kepada 6,000 orang yang terdiri daripada graduan, bakal usahawan, usahawan, koperasi dan startups termasuk masyarakat umum;
  •  Pusat informasi berpusat usahawan (BLESS)
  • Program latihan dan bimbingan keusahawanan dan perniagaan secara atas talian (MEDAC-Google, INSKEN, IKM & MAGIC)
  • Technopreneurship for Young Graduates (MEDAC-MTDC)
  • Gig Ekonomi Membantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (GEMPAKS) (MaGIC & INSKEN)
  • TEKUN mobileprenuers (TEKUN)
  • Jualan Harga Patut (SKM)

(xv) Sumbangan wang zakat berjumlah RM21,167,621
  • SME Bank      : RM300,000
  • Bank Rakyat  : RM20,867,621