Empat lagi mangsa ditemukan maut menjadikan keseluruhan enam maut setakat ini dalam kejadian kebakaran di tingkat empat sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata empat mangsa iaitu dua wanita dipercayai warga Vietnam manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti warganegara ditemukan kira-kira pukul 9.30 pagi.
"Tiga mangsa dipercayai dijumpai di dalam bilik air manakala seorang lagi ditemukan di dalam bilik karaoke," katanya.
Sebelum itu, dua lelaki masing-masing berumur 36 dan 37 tahun disahkan maut oleh pegawai perubatan kerana sesak nafas manakala seorang lelaki berumur 39 tahun kritikal.
Kira-kira 39 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran kira-kira pukul 5.49 pagi tadi.
Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati ada asap di dalam bangunan dan membawa mangsa turun dari bangunan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 20 2019
Kira-kira 39 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran kira-kira pukul 5.49 pagi tadi. - Foto JBPM
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Enam maut kebakaran di pusat hiburan Ipoh
Empat mangsa iaitu dua wanita dipercayai warga Vietnam manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti warganegara ditemukan kira-kira pukul 9.30 pagi.