awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pemancing dikhuatiri hilang di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/02/2019
04:43 MYT
Enam pemancing dikhuatiri hilang di Pulau Pinang
Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus aduan diterima. - Foto Astro Awani
Enam pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Pinang setelah tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing sejak Sabtu.
Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, keenam-enam pemancing terbabit keluar memancing kira-kira jam 8 pagi dengan menaiki sebuah bot fiber berjalur merah, biru dan hitam.
Katanya, bot dikemudi Khairul Anwar Mohd Salleh bersama lima lagi pemancing warga tempatan keluar dari Jeti Tanjung Berembang, Nibong Tebal.
Berikutan itu, katanya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus aduan diterima.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta agar membuat laporan atau menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146” kata Hamizan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima laporan daripada abang Mohd Khairul Anuar yang mendakwa adiknya bersama lima lagi rakan gagal dihubungi setelah keluar memancing sejak Sabtu lalu.
“Pengadu cuba hubungi adiknya tetapi gagal. Pengadu diberitahu oleh kawan-kawannya yang lain lokasi memancing yang selalu mereka pergi ialah di koordinat N 05' 01.154' E 100' 02.024'," jelas Shafee dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Shafee, selain Mohd Khairul Anwar Mohd Salleh, 30, pemancing lain ialah Mohd Azmil Abdul Rahman, 31, yang merupakan seorang guru dan Mohamad Faiz Ibrahim, 30, seorang juruteknik di sebuah kilang di Bayan Lepas.
Sementara tiga pemancing lain ialah Lee Chee Sen, 49, Mohd Rajis Ismail, 35, dan Khairil Hafidzi Tajuddin, 31.
Sejurus menerima laporan, Shafee berkata, sebuah pusat operasi mencari dan menyelamat dibuka di Jeti Nelayan Kampung Datuk Keramat.
Topic Berkaitan
#Georgetown
#Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan
#Langkawi
#lemas
#MERS
#nelayan
#pemancing hilang
#SAR
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan