awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam termasuk wanita ditahan aktif sindiket judi di WeChat

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2018
07:30 MYT
Enam termasuk wanita ditahan aktif sindiket judi di WeChat
Mereka yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 6.30 petang itu merupakan tiga lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga Indonesia.
Enam individu termasuk tiga wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian atas talian dalam serbuan di sebuah rumah teres di Kajang pada Sabtu.
Mereka yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 6.30 petang itu merupakan tiga lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga Indonesia.
Menurut Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, ketika serbuan, enam pekerja itu sedang leka memancing pelanggan dan menerima pertaruhan melalui dalam talian.
"Berdasarkan risikan yang kita jalankan, sindiket ini bergiat lebih kurang dua bulan lebih di premis di rumah teres dua tingkat ini lah," katanya pada sidang media di sini.
Tambah Mohd Khaizam, sindiket yang mempromosikan perkhidmatan menerusi platform media sosial seperti WhatsApp dan WeChat itu berselindung di rumah teres dua tingkat di Taman Seri Taming, Kajang.
Katanya, suspek didapati telah diberikan nombor telefon oleh pengurus untuk menghubungi pelanggan bagi promosi perjudian.
Dalam serbuan itu polis juga merampas tiga set komputer, kad bank, buku cek dan 18 telefon pintar serta peralatan internet bagi kegiatan tersebut.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#judi
#Kajang
#lelaki
#mohd khaizam ahmad shahabudin
#sindiket
#telefon pintar
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan