Sikap masyarakat yang enggan membenarkan semburan kabus dilakukan dalam rumah mereka antara punca ancaman penyakit berkaitan nyamuk Aedes termasuk Zika sukar dibasmi di negara ini.
Pakar Parasitologi dan Entomologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Hidayatul Fathi Othman berkata berdasar kajian yang dijalankannya di sebuah taman perumahan di selatan tanah air mendapati kurang daripada 40 peratus penduduk membenarkan semburan kabus dilakukan dalam rumah mereka, sedangkan nyamuk Aedes yang berada dalam rumah lebih membahayakan.
"Pengabutan di luar rumah sahaja tidak cukup kerana Aedes dalam rumah yang dikenali sebagai Aedes Aegypti ini lebih membahayakan kerana ia boleh terbang sehingga 200 meter dan hanya menghisap darah manusia.
"Aedes di luar rumah (Aedes Albopictus) hanya boleh terbang sejauh 80 meter dan boleh menghisap darah binatang selain darah manusia.
"Jadi bayangkan sekiranya saya membenarkan pengabutan dilakukan dalam rumah saya tetapi jiran saya tidak membenarkan 'fogging' dilakukan dalam rumahnya, jadi Aedes Aegypti yang boleh terbang jauh itu akan datang ke rumah saya pula," katanya kepada Bernama, di sini.
Pakar yang lebih 20 tahun menjalankan kajian terhadap nyamuk Aedes itu memberitahu kajian terbaru yang dijalankan pihaknya tahun ini di sebuah taman perumahan di Bandar Baru Bangi, Selangor pula mendapati 99.5 peratus penduduk mempunyai pengetahuan luas berkenaan demam denggi.
Dr Hidayatul berkata hanya 47 peratus penduduk di kawasan yang merekodkan jumlah kes demam denggi yang tinggi itu, mempunyai pengetahuan luas berkenaan nyamuk Aedes.
"Perkara ini amat menyedihkan kerana masyarakat kita mempunyai maklumat yang luas berkenaan demam denggi seperti simptom dan cara merawatnya tetapi tidak tahu banyak tentang penyebabnya iaitu nyamuk Aedes. Padahal kita perlu tahu siapa 'pembunuh' (nyamuk Aedes) kita. Macam hendak berperang, kita kena tahu siapa lawan kita," katanya.
Selain itu beliau berkata sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil serius akan kepentingan membersihkan kawasan kediaman mereka memandangkan semburan kabus hanya membunuh nyamuk dewasa.
Katanya aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman boleh dilakukan dengan cara yang menghiburkan seperti acara mencari harta karun dengan mencari dan membasmi kawasan takungan air.
"Untuk itu saya menyeru semua pemimpin setempat sama ada wakil rakyat dan ketua kampung supaya menganjurkan aktiviti pembersihan kawasan secara kerap kerana ini merupakan perkara yang paling senang dilakukan untuk membunuh nyamuk Aedes," katanya.
Bernama
Thu Sep 08 2016
Aedes Aegypti boleh terbang sehingga 200 meter dan hanya menghisap darah manusia. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.