awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Episod awan hitam telah berlalu' - Ahmad Zahid

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/03/2020
04:58 MYT
'Episod awan hitam telah berlalu' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ditemu bual pengamal media ketika meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia hari ini. --fotoBERNAMA
Barisan Nasional (BN) berikrar akan memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan Muhyiddin hari ini sebagai pengakhiranan kepada kemelut politik yang melanda sejak seminggu lalu.
"Episod dan babak awan hitam sudah berlalu, dan langit kembali cerah.
"InsyaAllah kita parti dalam BN akan memberikan sokongan terhadap dasar-dasar baharu Muhyiddin.
"Dan kita akan membantu sedaya upaya bagi memastikan rakyat sentiasa diutamakan, dan rakyat harus dibela semula," katanya kepada pemberita di luar Istana Negara, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke-8 di Istana Negara.
Episod dan babak awan hitam telah berlalu dan langit kembali cerah dan insyaAllah kita parti-parti dalam BN akan memberikan sokongan dan dokongan terhadap dasar-dasar baru Tan Sri Muhyiddin Yassin. - DS @Zahid_Hamidi @501Awani pic.twitter.com/ajf3LvZ345
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) March 1, 2020
Beliau dalam pada itu berkata, Perikatan Nasional akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan mereka, selain menghentikan penganiayaan terhadap rakyat.
Terdahulu, beberapa pemimpin parti termasuk Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan kakitangan kanan kerajaan hadir pada istiadat angkat sumpah tersebut.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar pukul 10.43 pagi.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#PAS
#UMNO
#Yang di-Pertuan Agong
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan