awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ERC cadang tarikh PRU diumum lebih awal

Bernama
Bernama
28/11/2019
23:27 MYT
ERC cadang tarikh PRU diumum lebih awal
ABDUL RASHID: Saya harap saya boleh hantar kepada perdana menteri bulan depan. - gambar fail
Cadangan supaya tarikh pilihan raya umum seterusnya diumumkan lebih awal merupakan antara 15 perkara berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya yang akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).
Pengerusi ERC Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata kesemua 15 perkara itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hujung bulan hadapan.
"Saya bekerja keras untuknya. Jadi, saya harap saya boleh hantar kepada perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad) bulan depan yang mana jika beliau bersetuju kami akan mengeluarkan laporan sebenar.
"Salah satunya umum tarikh pilihan raya awal... ya kita akan bincang tentang menetapkan tarikh (untuk pilihan raya) . Untuk berlaku adil kepada semua parti politik dan badan pengurusan supaya kita tidak membazir duit," katanya.
Beliau ditemui media selepas menjadi ahli panel bagi sesi perbincangan bertajuk "Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya: Masa Depan Demokrasi Berparlimen di Malaysia" di sini malam ini.
Abdul Rashid berkata sekiranya cadangan tersebut dizahirkan, Suruhanjaya Pilihan Raya akan menjadi agensi pengendali pilihan raya yang hebat seperti di negara-negara maju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan