awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eskalator di Sunway Pyramid disalahgunakan - pengurusan

Bernama
Bernama
06/03/2017
22:56 MYT
Eskalator di Sunway Pyramid disalahgunakan - pengurusan
Pihak pengurusan Sunway Pyramid mengambil kesempatan mengingatkan pengguna agar mematuhi peraturan menggunakan eskalator seperti pandang ke hadapan dan berdiri di antara garisan kuning. Foto Wikimedia.com
Pihak pengurusan Sunway Pyramid pada Isnin mendakwa eskalator pusat beli-belah itu telah disalahgunakan sebelum berlaku kejadian tidak diingini pada Ahad, mengakibatkan seorang remaja perempuan cedera di bahagian betisnya.
Pengurusan itu dalam kenyataan rasminya semalam, menyatakan hasil siasatan mendapati terdapat penyalahgunaan eskalator itu, termasuk dengan penggunaan kereta sorong bayi, sekaligus menunjukkan kurangnya etika sebagai faktor penyumbang terhadap insiden buruk itu.
"Pihak pengurusan pusat membeli-belah ini bersama-sama OTIS serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah memeriksa pelbagai sumber dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan," kata kenyataan itu.
Insiden itu yang menjadi tular di media sosial menunjukkan mangsa terduduk di tepi eskalator dengan luka di bahagian betis, sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya.
Menurut kenyataan itu, pelajar berusia 20 tahun itu semakin pulih dan kini dalam penjagaan yang baik di hospital berhampiran.
Kenyataan itu berkata pusat beli-belah itu akan memasang besi penghadang di kesemua eskalatornya bagi mengelak kereta sorong bayi, troli, kerusi roda atau sebarang bentuk barangan seumpama itu daripada menggunakan eskalator.
"Pihak pengurusan pusat membeli-belah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pengguna agar mematuhi peraturan menggunakan eskalator seperti pandang ke hadapan dan berdiri di antara garisan kuning dan bukan bersandar di susur tangan yang bergerak," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eskalator
#kurang etika
#penggunaan kereta sorong bayi
#salah guna
#Sunway Pyramid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan