awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCom akan distruktur semula - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
06/05/2019
01:13 MYT
ESSCom akan distruktur semula - Mohamad Sabu
Perbincangan untuk penstrukturan semula termasuk usaha bagi memperoleh peralatan tambahan untuk memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah ESSCom. - BERNAMA/Fail
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan distruktur semula bagi mempertingkatkan lagi keselamatan di pantai timur negeri ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah ESSCom.
"MKN bersama kerajaan negeri akan melihat tugas-tugas yang akan disusun semula.
"Kementerian Pertahanan dapat peruntukan tambahan sebanyak lebih RM200 juta dan akan diagih untuk mempertingkatkan tugas keselamatan oleh ESSCom," katanya kepada pemberita selepas berucap pada ceramah umum bagi calon DAP Vivian Wong Shir Yee untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan di sini malam tadi.
Mohamad, yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, perintah berkurung yang dilaksanakan di perairan pantai timur Sabah juga akan diteliti dari semasa ke semasa jika perlu diteruskan.
Menurutnya, keselamatan di timur Sabah terkawal dan menyaksikan insiden penculikan untuk wang berkurangan sejak kira-kira tiga tahun lepas.
"Kita juga tahu pelancong, terutama dari China, semakin ramai datang ke kawasan timur Sabah seperti Sandakan, Tawau dan Semporna.
"Ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap keselamatan di pantai timur Sabah yang semakin baik," katanya. - Bernama
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Mohamad Sabu
#Pantai Timur Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan