awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ESSCOM nafi keluar kenyataan mengenai tsunami di pantai timur Sabah

Bernama
Bernama
07/10/2014
03:39 MYT
ESSCOM nafi keluar kenyataan mengenai tsunami di pantai timur Sabah
ESSCOM tidak pernah mengeluarkan kenyataan media memaklumkan kemungkinan tsunami akan berlaku di pantai timur Sabah dalam tempoh 36 jam. -Gambar fail
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media yang memaklumkan kemungkinan tsunami akan berlaku di pantai timur Sabah dalam tempoh 36 jam.
Ketua Komunikasi Korporat ESSCom Newmond Tibin berkata ESSCom juga menafikan pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media bagi pihak Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah berhubung keadaan cuaca di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
"Sebarang kenyataan media rasmi ESSCom hanya dikeluarkan melalui Unit Komunikasi Korporat atau portal ESSCom Times di alamat www.esscom.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Newmond berkata demikian sebagai mengulas penyebaran khabar angin melalui media sosial kononnya laporan tentang kemungkinan berlaku tsunami itu diterima daripada ESSCom yang memperoleh maklumat itu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini, khususnya di ESSZone, supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin itu serta sentiasa mengikuti maklumat terkini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Sabah
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan