Struktur dan bentuk sedia ada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu dikekalkan serta ditambah baik.
Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali berkata saranan itu mengambil kira ancaman berterusan yang masih wujud daripada penjenayah rentas sempadan membabitkan jenayah penculikan untuk wang tebusan termasuk penyeludupan senjata dan manusia.
"Hal ini juga berkait rapat dalam jangka masa lima tahun lagi. Kalimantan akan dibangunkan sepenuhnya menjadi ibu negara Indonesia, tidak mustahil akan timbul lagi permasalahan yang tidak dapat dijangkakan.
"Sebab itu saya mencadangkan agar ESSCom dikekalkan selagi ancaman-ancaman yang wujud di negara-negara jiran ini tidak dapat kita neutralkan sepenuhnya," katanya di sini, pada Isnin.
Hazani bagaimanapun tidak menafikan wujud kelemahan namun begitu masih banyak kejayaan dicapai ESSCom sejak ia ditubuhkan tujuh tahun lepas.
Katanya agensi lain yang mempunyai kaitan dengan operasi ESSCom dicadangkan diserap ke dalam struktur perjawatan ESSCom bagi mengukuhkan peranan organisasi keselamatan itu membanteras jenayah di kawasan pantai timur Sabah.
"Kita mencadangkan supaya ESSCOM ini ditambah baik iaitu agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi sebahagian daripada warga ESSCOM," katanya.
Selain itu, Hazani berkata beberapa jawatan juga perlu dinilai semula termasuk dalam aspek perintah dan kawalan termasuk mengkoordinasi aset dan anggota serta tugas pengawasan.
Beliau berkata cadangan itu selari dengan rancangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menubuhkan satu briged lagi di kawasan pantai timur Sabah iaitu di Kalabakan, selain polis mahu mewujudkan dua batalion Pasukan Gerakan Am iaitu Batalion 21 di Kunak dan Batalion 22 di Kudat.
Beliau berkata kebolehan ESSCom sudah sinonim dengan masyarakat di pantai timur Sabah, malahan akan timbul kegusaran dalam kalangan orang awam sekiranya wujud khabar ESSCOM ditutup.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 10 2020
Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali berkata saranan itu mengambil kira ancaman berterusan yang masih wujud daripada penjenayah rentas sempadan. -Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Siasatan kes cabul peserta Unduk Ngadau, tempoh reman anggota STAR dilanjut
Siasatan kes membabitkan bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu kini membabitkan dua hingga tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lovely terhadap lelaki berusia 52 tahun itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis
Seorang ahli Parti Star Sabah yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis, pada Khamis.
Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf
Polis Sabah berjaya melumpuhkan satu kumpulan kecil militan Abu Sayyaf dengan menembak mati lima individu di kawasan rumah setinggan di Beaufort
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah Berkurung di kawasan Esszone Sabah dilanjutkan hingga 1 Disember
Perintah Berkurung di tujuh kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 1 Disember 2020.
PRN Sabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi
Kumpulan tersebut disyaki mempunyai dokumen yang sah untuk memasuki negara ini melalui lorong-lorong tikus.
ESSCom perlu dikekalkan, tambah baik - Komander ESSCom
Struktur dan bentuk sedia ada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) perlu dikekalkan serta ditambah baik.
Esscom cadang bot pancung di Sabah didaftarkan, ada kod warna mengikut daerah
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) agar semua bot pancung di Sabah didaftarkan sepenuhnya.