Pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menembak mati dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) dalam kejadian berdekatan perairan Pulau Boheyan dekat sini malam tadi.
Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata kedua-duanya yang disyaki pendatang tanpa izin berumur lingkungan 50-an, ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bot pam dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Air Kunak Tiga pada kira-kira 10.30 malam.
"Semasa Operasi Gasak Khas Esscom dijalankan, bot dinaiki suspek cuba meloloskan diri namun pasukan diketuai ACP Mohd Nasaruddin M Nasir bertindak mengejar bot suspek kira-kira 30 minit dan berlaku berbalas tembakan
"Mula-mula lampu biru bot polis dinyalakan sebagai memberi amaran kepada suspek supaya berhenti tetapi suspek melepaskan tembakan ke arah bot pasukan polis dan polis membalas tembakan sebelum memintas bot suspek di Pulau Boheyan dan menembak ke arah suspek," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Hazani berkata pemeriksaan ke atas bot itu menemukan dua lelaki terbaring dengan kesan tembakan pada badan.
"Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver .22, tujuh butir peluru hidup jenis .22, satu pucuk pistol jenis revolver .38, satu butir peluru hidup dan lima kelongsong .38 serta sebilah pedang samurai," katanya.
Hazani berkata dalam operasi itu pihaknya turut merampas sebuah bot pam berwarna putih di Kampung Air Kunak Tiga yang disyaki terbabit dalam penculikan dua nelayan Indonesia pada 11 Sept lalu di Pulau Gaya, Semporna.
"Siasatan lanjut ke atas bot tertera nama Ainigel dikenal pasti terlibat dalam kes penculikan terbaharu berdasarkan deskripsi mangsa yang selamat.
"Bot ini dipercayai terlibat membuat tinjauan awal di kawasan laut Kunak dan Semporna sebelum berlaku penculikan nelayan dari Kapal Dwijaya," katanya.
Menurutnya seramai 18 individu ditahan serta 16 bot pam dirampas dalam serbuan yang dilaksanakan bersama Polis Kontinjen Sabah itu.
Dalam pada itu, Hazani bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri supaya semua bot pam didaftarkan dan diberi warna mengikut zon bagi memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti asal bot pam terbabit semasa pemeriksaan keselamatan.
"Misalnya kita tahu bot kuning untuk Kunak, biru untuk Kudat dan ada nombor tertentu pasukan keselamatan, Jabatan Laut dan Pelabuhan Dermaga," katanya menambah langkah itu akan memudahkan pasukan keselamatan mengenal pasti bot pam dari negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 21 2018
Hazani berkata pemeriksaan ke atas bot itu menemukan dua lelaki terbaring dengan kesan tembakan pada badan. - Gambar fail
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.
Sudah lali, penduduk kampung beli bot hadapi banjir
Ternyata pelaburan penduduk kampung itu tidak sia-sia, bahkan mampu menyelamatkan harta benda dan nyawa keluarga tersayang.