awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco didakwa merogol: Jangan buat spekulasi, provokasi - Polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/07/2019
09:15 MYT
Exco didakwa merogol: Jangan buat spekulasi, provokasi - Polis
RAZARUDIN: Kertas siasatan telahpun dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya telah mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk tindakan seterusnya. - Facebook@Polis Sabah
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan provokasi terhadap kes seorang anggota Exco kerajaan negeri yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, ini kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.
Menurutnya, pihak polis akan memastikan siasatan tersebut dijalankan mengikut undang-undang serta kuasa-kuasa yang diberikan dengan telus, adil dan amanah.
“Kertas siasatan telahpun dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya telah mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk tindakan seterusnya bagi mendapatkan laporan daripada pihak pakar perubatan serta Jabatan Kimia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa telah dirogol majikannya yang juga Exco kerajaan negeri Perak.
Razarudin berkata, sejak daripada itu terdapat beberapa dakwaan yang tidak benar telah disebarkan tentang siasatan tersebut.
Jelasnya, pihak polis telahpun melakukan tangkapan dan tahanan suspek pada 9 Julai bagi menjalankan serta membantu siasatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
“Hasil kerjasama daripada suspek, pihak polis telah berjaya melengkapkan siasatan ke atas suspek dalam tempoh 24 jam dan suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan oleh pihak polis,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#dakwaan
#exco merogol
#Ketua Polis Perak
#PDRM
#pembantu rumah
#polis
#Razarudin Husain
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan