awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Perak didakwa bocor minit mesyuarat MMKN

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/07/2019
10:22 MYT
Exco Perak didakwa bocor minit mesyuarat MMKN
Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan terbabit namun laporan tersebut akan dirujuk ke Kuala Kurau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
Selepas kes seorang anggota Exco kerajaan negeri Perak didakwa merogol pembantu rumah, timbul lagi satu dakwaan terhadap seorang lagi anggota Exco kerajaan negeri Perak.
Kali ini, exco berkenaan didakwa membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian.
Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean mendakwa, tindakan exco bertujuan memulakan rundingan bagi mendapatkan komisen dalam menyokong permohonan tanah seluas lebih 36 hektar.
"Perkara ini dikesan sejak tahun lalu. Kita mempunyai bukti dan saksi berkaitan yang akan diserahkan kepada polis," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat di sini hari ini.
Menurutnya, perkara itu menyalahi Akta Rahsia selain menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah.
"Sebagai wakil rakyat dan Exco, tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan untuk meminta rasuah. Diharapkan pihak polis dapat menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukan beliau dalam kerajaan negeri," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan terbabit namun laporan tersebut akan dirujuk ke Kuala Kurau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
Dalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan baru itu yang melibatkan amalan korupsi.
“Buat masa ini kita biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan setelah mendapat maklumat lanjut, perkara ini akan dibincangkan bersama ahli kepimpinan negeri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sebagai Pengerusi PKR, beliau tidak akan mengambil ringan sebarang tuduhan korupsi kerana ia bercanggah dengan perjuangan reformasi parti.
“Setiap pemimpin negeri diingatkan sekali lagi agar tidak mempergunakan kuasa dan pengaruh politik mereka untuk kepentingan diri,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#bocor minit mesyuarat
#exco kerajaan negeri
#exco Perak
#komisen
#Perak
#polis
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan