awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Pulau Pinang jelaskan bayaran bagi projek jalan, terowong dasar laut

Bernama
Bernama
14/01/2018
15:52 MYT
Exco Pulau Pinang jelaskan bayaran bagi projek jalan, terowong dasar laut
Lim Hock Seng berkata, bagi projek terowong dasar laut, kos kajian kebolehlaksanaan ialah RM20 juta. - Gambar fail
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng telah menjelaskan mengenai pembayaran bagi projek melibatkan tiga jalan utama dan projek terowong dasar laut berikutan permintaan oleh Barisan Nasional untuk butiran pembayaran projek itu.
Mengenai pelbagai kenyataan oleh Pengerusi Gerakan/BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berhubung pembayaran kepada Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd, beliau berkata kerajaan negeri telah membayar RM31.269 juta bagi Kos Kebolehlaksanaan dan RM177.485 juta bagi Kos Reka Bentuk Terperinci projek tersebut melibatkan tiga jalan utama.
Bagi projek terowong dasar laut, kos kajian kebolehlaksanaan ialah RM20 juta sementara kos bagi kajian reka bentuk terperinci ialah RM76.248 juta, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Setakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membayar RM208 juta melalui pertukaran tanah bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci ketiga-tiga jalan utama.
"Bayaran untuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar dimasukkan dalam RM208 juta itu," kata Lim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Consortium Zenith Construction
#jalan
#Lim Hock Seng
#Penilaian Kesan Alam Sekitar
#projek
#pulau pinang
#reka bentuk
#tanah
#teng chang yeow
#terowong dasar laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan