Sejak beberapa hari yang lalu, akaun laman Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official' menjadi sebutan dalam kalangan warganet, yang berkongsikan pelbagai jenis masakan mereka yang tidak menjadi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Akaun itu yang mula diwujudkan pada 14 April, menjadi tular dan dalam tempoh 10 hari, pengikut akaun Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official ini, telah mencecah 1.5 juta orang sehingga ia turut menjadi sebutan ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan perutusan khasnya yang disiarkan secara langsung, pada Khamis.
Pengasas akaun Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official Norlaila Dollah-Ahmed, 46, berkata akaun itu yang diwujudkan dengan niat hanya untuk berkongsi masakannya dan pengguna Facebook yang tidak menjadi dan beliau tidak menyangka ia akan menjadi tular sehingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri.
"Tercetus idea untuk buat akaun ini sebab saya suka masak dan suka berkongsi resepi dalam Facebook saya, ada juga yang cuba masak ikut resepi saya tetapi tidak jadi, dan saya sendiri pun pernah masak serunding tetapi tidak jadi dan ia hangus, dari situ saya terfikir boleh dikongsi di dalam Facebook, untuk kita santai-santai bergelak ketawa waktu-waktu PKP ini.
"Lepas akaun ini diwujudkan, pengikut makin lama makin ramai dan ia terus menjadi tular sehingga Perdana Menteri pun tahu kewujudan akaun ini dan itu memang saya tidak sangka sama sekali," katanya kepada Bernama di sini.
Ibu dua orang anak ini berkata, sejak akaun itu disebut Perdana Menteri dalam ucapan khasnya pada Khamis, seramai 200,000 permohonan baharu yang ingin menjadi pengikut akaun berkenaan.
"Ketika ini kami ada 20,000 'post' yang masih 'pending' belum dapat kami siarkan, sebab terlalu banyak dan permohonan baharu untuk menjadi pengikut akaun ini juga sangat ramai...kami perlukan masa untuk tapis perkongsian kami dan permohonan pengikut.
"Saya terasa juga tempiasnya bila tengok orang ramai komen positif dan gelak ketawa, bila melihat perkongsian-perkongsian yang menarik...suami saya sendiri yang dahulunya seorang yang susah nak gelak, tetapi boleh nampak gelak ketawa dia bila tengok perkongsian orang ramai dalam akaun ini," katanya.
Norlaila yang menjalankan perniagaan kedai makan di Nilai di sini berkata, namun di sebalik komen positif, terdapat juga sesetengah pihak yang menimbulkan isu mendakwa kononnya akaun ini diwujudkan, untuk orang membazirkan makanan dan menghina makanan.
"Niat asal saya untuk kita santai-santai bergelak ketawa sahaja, bukan sampai menghina makanan dan bukan juga untuk dijadikan bahan untuk orang yang sengaja buat masakan mereka tidak jadi, kemudian post dan 'gilakan' komen serta 'like' dan akhirnya membuat pembaziran.
"Sebab itu kami kena tapis, mana-mana masakan yang kami tengok sengaja dibuat-buat tidak menjadi atau gambar google, kami tidak akan siarkan," katanya.
Justeru, Norlaila turut meminta agar pengikut akuan itu lebih berhati-hati terhadap setiap komen yang diberikan, bagi memastikan mereka tidak menghina makanan dan membuat mana-mana pihak terasa hati.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020
Sejak akaun Facebook ini disebut Perdana Menteri dalam ucapan khasnya, 200,000 permohonan baharu diterima untuk menjadi pengikut. -- BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan - Duta AS
AS mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025.