Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Fahami cara COVID-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi

Fahami cara COVID-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi
COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran.
COVID-19, nama yang cukup menggerunkan semua umat manusia di dunia ini.

Saban hari, peningkatan angka jangkitan dan korban akibat koronavirus ini semakin membimbangkan.

Malah kesan akibat pandemik COVID-19 kepada negara bukan sedikit, malah hampir melumpuhkan ekonomi dunia.

Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkongsikan carta mengenai impak COVID-19 kepada ekonomi dan bagaimana Pakej Rangsangan PRIHATIN berupaya membantu.
Katanya, COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran iaitu (i) penurunan permintaan eksport, (ii) penurunan permintaan domestik dan (iii) kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau percaya ketiga-tiga saluran ini memberi impak berbeza kepada rakyat bergantung kepada kumpulan pendapatan mereka, bandar atau luar bandar dan sektor pekerjaan formal atau informal.
Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada yang bersifat “universal”.

COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran iaitu (i) penurunan permintaan eksport, (ii) penurunan permintaan domestik dan (iii) kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).





Beliau juga berpendapat bantuan yang lebih bersasar adalah lebih baik daripada yang bersifat “universal”.