Tutup

Fahami peranan, pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia

Fahami peranan, pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia
CHIN TONG: Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Chin Tong dalam satu kenyataan berkata, orang awam mahupun tentera tanpa mengira latar belakang, keturunan dan kelas ekonomi perlu menyedari peranan ATM.

“Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.

“Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan taikun perniagaan Koon Yew Yin yang dilaporkan telah menghina keseluruhan anggota keselamatan negara terutamanya anggota tentera.

Pada masa sama, Chin Tong turut berkata beliau pernah menjelaskan peranan ATM dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka melalui penulisan di laman webnya.
Katanya lagi, sempena bulan kemerdekaan ini, orang ramai diserui agar menghayati pengorbanan ATM demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi.




Tag: Liew Chin Tong, Angkatan Tentera Malaysia, ATM, Koon Yew Yin, tentera, merdeka, Timbalan Menteri Pertahanan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.