Fahmi Fadzil akur usul tergempar ditolak

Fahmi Fadzil akur usul tergempar ditolak
Fahmi akur apabila usul tergempar untuk membincangkan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman ditolak. - Astro AWANI/Fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil akur apabila usul tergempar untuk membincangkan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield ditolak.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati apabila kenyataan penerangan dibuat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin dan disusuli kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat.

"Saya menerima ditolak usul. Mereka telah mencapai objectif asal usul tergempar memandangkan sudah mendapat jawapan daripada menteri," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof menolak usul berkenaan melalui satu surat yang dikeluarkan hari ini.

Usul itu dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi membincangkan isu berkenaan.

Peraturan itu memperuntukkan mana-mana Ahli Parlimen boleh mencadangkan penangguhan sidang Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara membabitkan kepentingan awam.

Dalam kenyataan itu, Mohamad Arif menjelaskan, usul berkenaan tidak perlu disegerakan kerana siasatan sedang dilakukan dan pihak berwajib sedang mengambil tindakan.

Fahmi dan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) telah menghantar usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) bagi membincangkan isu berkenaan pada Isnin.




Tag: Fahmi Fadzil, Kuil Sri Maha Mariamman, parlimen


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.