Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) komited untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan petani dan usahawan yang berdaftar dengan agensi itu.
Pengerusinjya Ishak Ismail berkata menerusi program Rezeki Tani FAMA, 50 usahawan dan petani di Semenanjung Malaysia dipilih setiap tahun untuk menerima barang-barang peralatan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan produktiviti perniagaan mereka.
"Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran.
"Selain itu, kita mahu meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan di bawah program Rezeki Tani dan latihan teknikal," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah salah seorang penerima bantuan, pada Selasa.
Beliau berkata para penerima dipilih melalui sistem e-Kasih terutamanya golongan miskin serta isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,614 atau pendapatan per kapita tidak melebihi RM650 dengan kadar maksimum bantuan bagi seorang peserta sebanyak RM10,000.
Ishak berkata keutamaan akan diberikan kepada calon berminat, berpengalaman dan berkemahiran yang sedang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dan pemprosesan produk berasaskan pertanian serta perniagaan tani.
Tambahnya, setelah turun padang dan meninjau sendiri keadaan penerima bantuan pada hari ini, pihaknya akan terus membantu penerima dari segi pembungkusan, label, gred dan memasarkan produk di 320 program anjuran FAMA.
Sementara itu, salah seorang penerima, Shohaizam Shuib, 35, yang menerima bantuan peralatan bernilai RM8,600 terdiri daripada mesin adunan tepung, mesin leper dan tekap, meja anti karat dan kabinet serta peti sejuk beku melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan sekali gus membantu mengembangkan lagi perniagaannya.
Bekas jurutera kilang itu berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan menjual karipap dan popia secara serius sejak Februari lalu.
"Setiap bulan kami memperolehi pendapatan sekitar RM700 sehingga RM1,000 setiap minggu daripada hasil jualan secara atas talian, pasar tani, pasar malam dan tempahan dari rakan-rakan dan keluarga terdekat. Kadang-kala kami terpaksa menolak tempahan pelanggan kerana tidak sempat untuk menghasilkan karipap dan popia kerana kekurangan peralatan.
"Dengan bantuan sebegini, kami benar-benar bersyukur. Kalau sekarang kami dapat hasilkan 300 biji karipap dan popia, selepas ini mungkin dapat mencecah 900 biji dengan bantuan yang telah diberikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019
Ishak (dua, kanan) melihat proses membuat kuih yang ditunjukkan penerima bantuan Shohaizam Shuib (duduk kiri) pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Peserta Rezeki Tani FAMA Pulau Pinang di Taman Widuri, Nibong Tebal, 3 Dis, 2019. --fotoBERNAMA
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ekonomi Sabah di landasan tepat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan GRS berjaya meletakkan Sabah di landasan betul dengan pertumbuhan positif ekonomi negeri itu sejak tiga tahun lalu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.
AWANI Ringkas: Lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin terkorban
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.
Israel nafi akses 51 peratus misi bantuan dirancang ke utara Gaza
UNRWA berkata, keterjaminan makanan di utara Gaza mencapai keadaan sangat kritikal.
Mesir bantah keputusan penarikan bantuan ke Palestin
Ia akan membawa kepada lebih banyak penderitaan bagi rakyat Palestin yang memerlukan bantuan mendesak.