Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk mengurangkan jurang import sayur-sayuran dan buah-buahan dari luar negara dengan meningkatkan hasil pengeluaran pertanian tempatan.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Mohd Anis Mohd Yasin berkata pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam usaha untuk menjimatkan pengaliran wang ke luar negara yang meningkat setiap tahun sehingga boleh mencecah bilion ringgit ekoran peningkatan nilai pengimportan hasil tanaman.
"Pada masa ini kita import hasil pertanian dari luar negara dalam lingkungan RM50 billion dan ia meningkat setiap tahun yang sebelum ini dalam lingkungan RM47 billion.
Daripada jumlah itu, RM9 billion adalah dalam bentuk sayur-sayuran dan buah-buahan... kita berjaya mengeksport semula sebanyak RM3 billion dan ini menjadikan jurang antara eksport dan import negara ialah sebanyak RM6 billion.
Kalau kita boleh tingkatkan hasil tanaman di dalam negara, kita tak perlu import lagi dan ia pastinya dapat menjimatkan wang negara," katanya pada Majlis Perasmian Jelajah Promosi Produk Segar Pertanian Di Bawah Program Ladang Kontrak di sini, pada Sabtu.
Jelajah selama empat hari yang berakhir esok itu membabitkan 25 peniaga membabitkan produk pertanian, produk hiliran dan makanan popular.
Mohd Anis berkata FAMA juga menyeru petani terutama peserta yang terlibat dalam Program Ladang Kontrak untuk meningkatkan hasil pengeluaran sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan import dari luar negara.
"Ketika ini, import yang paling banyak ialah kobis dan kelapa sementara tanaman seperti bawang, kentang dan lobak terpaksa diimport kerana tidak sesuai ditanam di negara ini," katanya.
Mohd Anis juga memaklumkan nilai hasil Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) 2019 sehingga 31 Ogos lepas mencecah RM4 juta daripada 422 program yang dijalankan membabitkan 756 peserta.
Peserta JTDL boleh menawarkan harga berpatutan kepada pengguna iaitu antara lima ke 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran sementara pengguna berpeluang mendapatkan produk yang segar dan berkualiti, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019
Mohd Anis Mohd Yasin (depan) melihat buah nanas yang dijual ketika hadir merasmikan Jelajah Promosi Produk Segar Pertanian Ladang Kontrak di pusat membeli-belah Mega Mall pada Sabtu. - Bernama
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.
Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar
Ladang berkeluasan 2.4 hektar itu kini mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.
5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri
Kesihatan yang terjaga selama sebulan berpuasa, tidak wajar digadaikan begitu sahaja.
Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ...
Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai?
Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan
Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.
Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.
MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti
Antara produk klon berkualiti yang akan dikomersialkan termasuk Rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, Belimbing Bintang Emas dan Durian MDUR 88.
FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan
Pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam usaha untuk menjimatkan pengaliran wang ke luar negara yang meningkat setiap tahun.
Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas
Gaya hidup sihat perlu dimulakan lebih awal memandangkan kadar metabolisme akan mula menurun seawal usia 30-an.
Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?
Warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.