Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1 bilion dapat dijana melalui pasar tani di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Usahawan) FAMA Basri Jasmo berkata peningkatan nilai jualan itu berdasarkan penambahan 25 buah pasar tani baharu di setiap negeri pada tahun ini.
Katanya, berbanding pada tahun lepas, nilai jualan yang dihasilkan adalah sebanyak RM850 juta melibatkan 757 buah pasar tani di seluruh negara.
"Nilai jualan dalam tempoh empat bulan pada tahun ini amat menggalakkan dan kita menyasarkan peningkatan nilai jualan sepanjang tahun ini boleh mencecah sebanyak RM900 juta sehingga RM1 bilion," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ pasar tani peringkat negeri yang disempurnakan Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari di tapak letak kereta Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Basri berkata ia diadakan bertujuan memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan seperti daging, ayam, sayur-sayuran, kuih-muih serta ketupat dan rendang.
Beliau berkata sejumlah 398 pasar tani beroperasi selama lima hari bermula Jumaat lepas sehingga Selasa ini yang memberi penjimatan kepada pengguna antara lima peratus hingga 20 peratus.
"Program ini diadakan dalam usaha kerajaan untuk menangani kenaikan harga barangan keperluan di pasaran terutama menjelang musim perayaan," katanya.
Dalam pada itu, Basri berkata FAMA turut menganjurkan program 'My Best Buy' Pra Aidilfitri 2019 yang bermula sejak 25 Mei sehingga Selasa depan di 18 lokasi terpilih.
"Program itu yang dilaksanakan sejak 2014 melibatkan 720 peserta program dan kita menyasarkan sejumlah 70,000 pengunjung untuk mengunjungi program tersebut yang menawarkan pelbagai produk antaranya hasilan laut serta barangan runcit seperti minyak, bawang, tepung dan gula.
"Kita menjangkakan nilai jualan sejumlah RM600,000 sepanjang program tersebut berlangsung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019
Sejumlah 398 pasar tani beroperasi selama lima hari bermula Jumaat lepas sehingga Selasa ini yang memberi penjimatan kepada pengguna antara lima peratus hingga 20 peratus. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya