Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan pelakon filem Lagenda Budak Setan, Datuk Farid Kamil Zahari membela diri atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Januari tahun lalu.
Majistret Nor Arifin Hisham membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
"Mahkamah membuat keputusan ini selepas meneliti hujahan dan pertimbangan keterangan saksi-saksi termasuk eksibit yang dikemukakan.
"Setelah mahkamah membuat penilaian maksimum yang meyakinkan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 323, Seksyen 353 dan Seksyen 90 Akta Polis 1967," kata Nor Ariffin dan menetapkan 17 dan 18 Julai untuk pelakon itu membela diri terhadap keempat-empat pertuduhan.
Terdahulu ketika ditanya mahkamah mengenai prosiding bela dirinya, suami kepada pelakon Diana Danielle itu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
BACA: Farid Kamil balik ke rumah selepas sebulan di penjara
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran manakala pelakon itu diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif dan Megat Syazlee Mokhtarom.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Pada 16 Jan 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Ashraf Ahmad, 36, dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 25.
Farid Kamil juga berdepan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap Muhammad Nizam dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas.
Kesemua kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.
BACA: Keputusan Farid Kamil tampar polis ditangguhkan
Pada 15 Mei lepas, pelakon itu dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan penyalahgunaan dadah, namun Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Farid mengakui tempoh penahanannya di penjara selama 35 hari adalah satu rahmat daripada Allah yang memberikannya satu jalan lurus.
Farid, 38, yang kelihatan ceria dan tidak putus dengan senyuman itu berkata, pengalamannya di Penjara Kajang sukar digambarkan dengan perasaan.
"Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang ditentukan Allah pastinya akan berlangsung. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih dengan doa daripada orang ramai untuk diri saya," katanya.
BACA: Walau dipenjara 9 bulan, Diana Danielle tetap sayangkan Farid Kamil
Ditanya mengenai perasaan bertemu kedua-dua anaknya selepas dibebaskan kelmarin, Muhammad dan Nur Aurora, Farid tersenyum dan berkata, 'keadaan anak-anak saya comel seperti biasa.'
Sebelum beredar, Farid sempat mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
Farid Kamil hari ini diperintah membela diri atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Januari tahun lalu. --fotoBERNAMA
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Tiga pelajar sekolah menengah di Cheras ditahan lakukan samun bersenjata pisau
Polis tahan dua pelajar tingkatan dua dan seorang pelajar tingkatan tiga kerana dipercayai melakukan samun berkumpulan bersenjatakan pisau ke atas seorang warga asing.
Lelaki OKU hilang sejak dua hari lepas ditemukan mati dalam longkang
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu melalui laporan yang dibuat orang awam pada pukul 5 petang tadi.
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad yang dijadualkan esok ditangguh
Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan dalam kes membabitkan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.
Dadah disyaki punca sarjan pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang
Terdesak mendapatkan bekalan dadah dan faktor kewangan disyaki merupakan punca seorang sarjan sanggup memecah masuk stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.
Korban letupan di balai polis di Pakistan meningkat kepada 16 orang
Angka kematian dalam kejadian letupan pada Isnin lalu, di sebuah balai polis di bandar Kabal di Pakistan meningkat kepada 16 orang, manakala jumlah mereka yang cedera mencecah lebih 55 orang.
10 maut, 55 cedera dalam insiden letupan berkembar di Pakistan
Dua letupan kuat melanda sebuah balai polis di daerah Swat, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala lebih 55 lagi cedera.
Sarjan polis ditemui maut dengan kesan tembakan di leher, dada, kepala
Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala dalam kejadian di belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Ahad.
Banjir: Beberapa balai polis di Kelantan, Terengganu turut dinaiki air
Beberapa balai polis di Terengganu dan Kelantan turut terjejas setelah dinaiki air ekoran banjir yang melanda Pantai Timur, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
Lima balai polis di sempadan alami kerosakan akibat banjir - Polis Kelantan
Balai polis terbabit adalah Balai Polis Rantau Panjang, Bakong dan Jeram Perdah di Pasir Mas serta Simpangan dan Kuala Jambu di Tumpat.