Tutup

Felda akan bangkit semula di bawah kerajaan baharu - Azmin

Felda akan bangkit semula di bawah kerajaan baharu - Azmin
AZMIN: Komitmen kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Felda itu dilaksanakan menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP).
ROMPIN: Felda akan bangkit semula dengan keyakinan peneroka kembali utuh di bawah pengurusan baharu kerajaan Pakatan Harapan bagi membela masa depan golongan peneroka, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata komitmen kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Felda itu dilaksanakan menerusi Program Pembangunan Peneroka (PPP), yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
PPP yang merangkumi aktiviti berasaskan program tanaman dan selingan yang mampu memberikan hasil dalam tempoh singkat dan aliran tunai konsisten dilancarkan pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata Felda di bawah kepimpinan pengasasnya Tun Abdul Razak Hussein, yang juga Perdana Menteri kedua Malaysia, berjaya membantu mengurangkan jurang ekonomi Melayu dan Bumiputera menerusi pembukaan tanah kerajaan, yang pada suatu ketika membolehkan negara menyumbang 25 peratus kepada pengeluaran kelapa sawit dunia.

"Malangnya sejak beberapa tahun lalu, kita menyaksikan kerakusan pimpinan atasan Felda yang terdiri daripada orang politik yang terlalu banyak bermain politik sehingga peneroka menjadi mangsa dan dibebankan dengan masalah besar," katanya semasa berucap di hadapan ribuan peneroka pada sambutan itu.

Tag: felda, peneroka, kerajaan, pakatan harapan, mohamed azmin ali


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.