Felda mengesahkan mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak selepas satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara mereka dan Synergy Promenade Sdn Bhd. (SPSB).
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sehubungan itu berkata, Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan dirunding semula dan diteruskan oleh Felda serta SPSB.
"Kita akan berunding semula bagi penambahbaikan ke atas pelaksanaan perjanjian pembangunan tersebut untuk dan demi kebaikan kesemua pihak.
"Felda turut akan memastikan bahawa segala proses dan prosedur pengembalian tanah ini serta proses-proses lain dalam Projek KLVC akan menurut tatacara tadbir urus korporat yang baik dan berintegriti," katanya dalam sidang media di Menara Felda di sini, hari ini.
Bagaimanapun kata Shahrir, laporan polis yang dibuat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) pada 12 dan 28 Disember tahun lalu tidak akan ditarik balik.
"Audit forensik yang sedang berjalan juga akan diteruskan bagi mengenal pasti jika terdapat salah laku dalam transaksi terbabit.
"Walaupun isu pemindahan tanah ini hanya diketahui umum sejak 21 Disember 2017, tetapi hakikatnya Felda pada seawal Januari ini telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mendapatkan semula tanah yang telah dipindah milik," ujarnya.
Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Shahrir mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa mendatangkan sebarang pembayaran kepada Felda.
Dalam pembangunan berkenaan, Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak itu apabila bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Tanah itu dimajukan dengan projek KLVC membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A.
Shahrir turut menjelaskan, pada 14 April tahun lepas, Felda telah berjaya mendaftarkan Kaveat Persendirian ke atas 16 lot tanah yang telah dipindah milik.
"Pada 12 Disember 2017 pula, Felda telah membuat laporan polis dan kemudiannya pada 26 Disember 2017, Kaveat Pendaftar didaftarkan ke atas 15 lot tanah yang telah dipindah milik.
"Seterusnya pada 28 Disember 2017, satu lagi laporan polis telah dibuat yang kemudiannya membawa kepada pendaftaran Kaveat Pendaftar ke atas satu lagi lot tanah yang turut dipindah milik," ujarnya.
Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan SPSB telah menyerahkan semula 16 geran tanah Felda yang telah dipindah milik untuk dibangunkan sebagai KLVC.
Dokumen berkenaan diserahkan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Ab Ghani Mohd Ali kira-kira jam 1 tengah hari Isnin.
Majlis ringkas berkenaan juga disaksikan Shahrir di Ibu Pejabat Felda.
Persetujuan dan penyerahan berkenaan dibuat Ahli Lembaga Pengarah Synergy Promenade, Datuk Marina Hashim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini berkata kertas siasatan berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak di sini dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, hujung minggu depan.
Tegasnya, buat masa kini pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci selain akan memanggil beberapa individu untuk direkodkan keterangan.
Sebelum ini, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad antara yang dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda itu.
Wan Syamsul Amly
Mon Jan 15 2018
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sehubungan itu berkata, Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan dirunding semula dan diteruskan oleh Felda serta SPSB. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.