awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda mampu jadi peneraju industri makanan berskala besar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
07/07/2020
09:41 MYT
Felda mampu jadi peneraju industri makanan berskala besar
Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Kampung Tun Abdul Razak hari ini. - BERNAMA
Sektor pertanian pintar merupakan salah satu cabang yang mampu dikuasai Felda.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peneroka Felda perlu memanfaatkan tanah pertanian yang luas bagi membangunkan potensi itu.
"Saya percaya jika potensi ini dapat dibangunkan sepenuhnya, Felda akan menjadi antara pengeluar makanan utama negara dan mewujudkan jaminan bekalan makanan yang stabil.
"Di samping menjadi pengeluar komoditi utama negara, saya juga ingin melihat Felda bangkit sebagai pemangkin dan peneraju industri makanan berskala besar dengan menggerakkan aktiviti perladangan berteraskan pertanian pintar dan aktiviti hiliran yang inovatif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan perasmian sambutan Hari Peneroka Felda 2020 peringkat kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Kampus Tun Abdul Razak di Trolak, Sungkai.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan dan peruntukan sebagai penghargaan kepada peneroka, antaranya naik taraf jalan pertanian kebun dan bantuan pendidikan anak-anak peneroka.
"Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM200 juta bagi menaik taraf dan menyelenggara jalan pertanian kebun peneroka di tanah-tanah rancangan Felda seluruh negara.
"Ia dijangka akan meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil peneroka dan lebih penting akan mengurangkan beban hutang peneroka.
"Di samping itu, bagi memelihara kebajikan pendidikan anak-anak peneroka, Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM45 juta bagi menaik taraf Asrama Semai Bakti Felda di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan," ujar beliau.
Sambutan bertemakan 'Peneroka Perintis, Berani dan Suka Cabaran', diadakan dalam kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dihadiri 250 tetamu, termasuk 110 peneroka dari 11 wilayah Felda.
Topic Berkaitan
#bantuan
#Felda
#Hari Peneroka
#Hari Peneroka Felda
#kerajaan
#MRSM
#Muhyiddin Yassin
#pendidikan
#peneroka
#Perdana Menteri
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Trolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan