Beberapa kawasan di sekitar Selangor masih terkawal berikutan fenomena air pasang besar di beberapa kawasan di lima daerah di Selangor.
Menurut kenyataan Jabatan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor hari ini, tiada limpahan air serius yang dilaporkan setakat 7 pagi ini.
Keadaan dilaporkan masih terkawal di beberapa kawasan di sekitar Klang dan Sabak Bernam, Selangor termasuk di Pantai Batu 23, Sabak Bernam dan Kampung Batu 4, Kapar.
Setakat ini, sejumlah 321 orang daripada 74 keluarga telah dipindahkan ke tiga buah pusat penempatan mangsa di seluruh Slenagor setakat 8.45 pagi sebagai langkah awal menghadapi fenomena air pasang besar ini.
Pusat pemindahan (yang aktif tiada mangsa) kini diduduki sejumlah 22 orang dan pusat pemindahan (aktif dengan mangsa) menempatkan tiga individu.
Berikut merupakan pusat pemindahan di daerah Klang, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor setakat 8 pagi Ahad:
DAERAH KLANG
1. Dewan Serbaguna Kampung Sungai Serdang - aktif (tiada mangsa)
2. Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda
3. Sekolah Rendah Agama Kampung Tok Muda - aktif (tiada mangsa)
4. Dewan Serbaguna MPK Kampung Kuantan - aktif (tiada mangsa)
5. Dewan Serbaguna MPK Telok Gadong - aktif (tiada mangsa)
6. Dewan Kompleks Sukan Pandamaran - aktif (tiada mangsa)
7. Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya - aktif (tiada mangsa)
8. Dewan Serbaguna MPK Kampung Idaman - aktif (tiada mangsa)
9. Dewan Serbaguna MPK Pelabuhan Klang - aktif (tiada mangsa)
10. Sekolah Kebangsaan Kampung Rantau Panjang - aktif (tiada mangsa)
DAERAH KUALA LANGAT
1. Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang - aktif (tiada mangsa)
2. Dewan Orang Ramai Kampung Kundang - aktif (tiada mangsa)
DAERAH SEPANG
1. Maahad Tahfiz Integrasi Sains Bagan Lalang - aktif (tiada mangsa)
DAERAH KUALA SELANGOR
1. Masjid An-Naim Tambak Jawa - aktif (tiada mangsa)
2. Surau Hamidiah Sungai Sembilang - aktif (tiada mangsa)
3. Dewan Orang Ramai Jeram - aktif (tiada mangsa)
4. Dewan Orang Ramai Sungai Buloh - aktif (tiada mangsa)
5. SRJKC Khai Tee - aktif (tiada mangsa)
6. Masjid At Taqwa Kampung Sungai Yu - aktif (tiada mangsa)
7. Dewan Orang Ramai Kampung Assam Jawa Bukit Rotan - aktif (tiada mangsa)
8. Kompleks Baru Persatuan Peladang Kawasan Sungai Kajang - aktif (tiada mangsa)
DAERAH SABAK BERNAM
1. Dewan Sg. Air Tawar
Jumlah keluarga: 15
Jumlah mangsa : 60
2. Dewan Parit Baru
Jumlah Keluarga : 6
Jumlah mangsa : 25
3. Dewan Sri Bernam, Sungai Besar - aktif (tiada mangsa)
4. Dewan Seri Sekinchan - aktif (tiada mangsa)
Astro Awani
Sun Oct 16 2016
Fenomena air pasang yang melanda beberapa kawasan berhampiran pantai di Selangor. - Sumber foto Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM).
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada
Orang ramai terutama penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada Ahad dan Isnin.
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, ia akan menyebabkan banjir yang berlaku pada masa akan datang lebih buruk.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang
Penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari.
Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh
Seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.