Tutup

Fenomena 'bubble tea': Kerajaan pantau lambakan produk

Fenomena 'bubble tea': Kerajaan pantau lambakan produk
Kementerian akan memantau lambakan produk Bubble Tea yang kini menjadi kegilaan ramai, kata Dr.Dzulkefly. - Gambar Bernama
SUBANG JAYA: Kerajaan belum bercadang mewujudkan mekanisme untuk menghentikan kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman bubble tea.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagaimanapun memaklumkan, kementerian akan memantau lambakan produk seumpama itu sejak kebelakangan ini.

"Jika ada keperluan untuk mengadakan pertemuan dengan peniaga, kita akan melakukannya. Tetapi buat masa ini belum ada perancangan untuk itu lagi.

"Bubble tea merupakan minuman yang popular buat masa ini, tetapi saya berharap rakyat Malaysia akan membuat keputusan yang lebih bijak apabila berkaitan pengambilan minuman yang tinggi gula, seperti bubble tea.
"Cukai gula yang diperkenalkan juga mungkin boleh dilihat sebagai salah satu cara untuk mengawal fenomena ini kerana secara tidak langsung ia menjadikan bubble tea inaccessible kerana harganya akan menjadi lebih mahal. 

"Di pihak penjual pula, mungkin cukai gula itu akan menjadikan mereka lebih kreatif untuk menghasilkan produk makanan yang lebih sihat," kata Dr. Dzulkefly.
Beliau ditemui dalam sidang media pelancaran kempen 'Kurangkan Gula, Hidup Sihat' di pasaraya besar Giant USJ, pada Khamis.

Tambah Dr. Dzulkefly, tiada cara yang lebih efektif dalam mengawal fenomena bubble tea melainkan kesedaran sendiri berhubung kesan negatifnya.

"Self censorship itu penting, bukan sahaja bagi pihak pengguna, tetapi juga di pihak peniaga.

"Kami di kementerian juga tidak boleh bertindak bersendirian, perlu juga kajian dan kerjasama menyeluruh daripada kementerian lain," katanya.


Tag: bubble tea, kerajaan, Kementerian Kesihatan, peniaga, kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, lambakan produk



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.