Orang ramai berasa teruja melihat telur ayam 'boleh berdiri' ketika berlaku fenomena gerhana matahari separa pagi tadi.
Perkara ini disaksikan pengunjung Planetarium Negara yang mengadakan demonstrasi itu.
Suri rumah Jenny Ong, 43, berkata beliau merasa teruja kerana sebelum ini hanya mengetahui telur 'berdiri tegak' ketika sambutan Hari Lap Choon/Li Chun (Hari Telur Berdiri) dalam kalendar masyarakat Cina.
"Berdasarkan pemahaman saya, beberapa hari sebelum atau selepas sambutan Tahun Baharu Cina, kami akan menegakkan telur ayam di atas lantai semasa Hari Lap Choon yang dikatakan kedudukan bulan ketika itu berada dekat dengan bumi.
"Namun setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh pegawai Planetarium Negara, baru saya tahu bahawa kejadian gerhana juga boleh menyebabkan graviti yang dapat menegakkan telur ayam di atas permukaan rata," katanya kepada Bernama.
Planetarium Negara mengadakan program pencerapan gerhana matahari separa anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini.
Sementara itu Pembantu Pegawai Sains Planetarium Negara, Siti Aminah Arbain berkata telur berdiri berlaku ekoran kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti.
"Dalam keadaan ini, putih telur tertarik ke bahagian atas telur manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sehingga mewujudkan keseimbangan pada telur.
"Saintis berpendapat terdapat garis medan gravitasi antara matahari dan bumi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadikan ia stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak," katanya.
Lebih 1,000 warga kota membanjiri perkarangan Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari itu menerusi kaca mata khas dari pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi.
Ia turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau.
Madius berkata penganjuran program tersebut dapat memberi pendedahan dan menanam minat masyarakat terhadap ilmu astronami.
"Fenomena ini hanya berlaku empat tahun sekali dan sekiranya terlepas peluang kali ini, orang ramai perlu menunggu sehingga 26 Dis 2019 bagi menyaksikannya semula," katanya.
Fenomena berada di kemuncak pada pukul 8.24 pagi apabila bulan mula menutupi matahari secara perlahan selama kira-kira dua jam dan berakhir sepenuhnya apabila bayangan bulan mula hilang secara perlahan.
Bernama
Wed Mar 09 2016
Orang ramai berasa teruja melihat telur ayam 'boleh berdiri' ketika berlaku fenomena gerhana matahari separa pagi tadi.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
'Kiamat Internet' diramal berlaku dalam beberapa dekad lagi?
Kejadian ribut besar di angkasa lepas dilaporkan mampu mencetuskan kiamat internet dalam dekad akan datang.
Saksikan kemunculan fenomena Supermoon terakhir tahun ini!
Orang ramai berpeluang untuk melihat fenomena bulan purnama dan dijangka akan muncul pada 7 Mei ini pada jam 7.18 petang iaitu apabila bulan mendekati cakerawala.
Aktivis remaja Greta Thunberg terima pengiktirafan 'Person of the Year'
Remaja aktivis alam sekitar dari Sweden Greta Thunberg 16, dipilih sebagai Time's Person of the Year pada Rabu.
#Isabella30tahun: "Beruntung dapat rasa keajaiban Ilahi" - M. Nasir
SELEPAS kejayaan Fantasia Bulan Madu menerusi album Mentari Merak Di ufuk Timur, kumpulan Search mencipta satu lagi kejayaan menerusi lagu Isabella.
#Isabella30tahun: Kisah sebenar di sebalik Isabella
Tajuk Isabella rupa-rupanya ilham komposer terkenal, Datuk M. Nasir
#Isabella30tahun: Inspirasi tiga dekad
Sedar tak sedar, sudah 30 tahun usia lagu Isabella
Psy tertekan hasilkan single terbaru
Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang dalam kenyataannya mengakui menghadapi tekanan untuk menghasilkan karya baru.