awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri Langkawi bawa 30 penumpang terbakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/02/2019
07:56 MYT
Feri Langkawi bawa 30 penumpang terbakar
Lebih 30 penumpang berdepan detik cemas apabila sebuah feri penumpang Langkawi ke Kuala Perlis terbakar dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang Isnin. -Astro AWANI
Lebih 30 penumpang berdepan detik cemas apabila sebuah feri penumpang Langkawi ke Kuala Perlis terbakar dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang Isnin.
Dalam insiden itu, feri berkenaan baru saja berlepas dari Terminal Feri Langkawi, di sini.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada bahagian enjin.
Menurut seorang penumpang Fatihah Arshad, 29, ketika kejadian, beliau berada di dalam feri dan terbau asap kuat dari bahagian belakang feri.
Astro AWANI
Astro AWANI
Sebaik menyedari kehadiran api, penyelia feri telah mengarahkan kesemua penumpang keluar melalui pintu hadapan.
Kesemua penumpang diselamatkan dua bot persendirian yang ketika itu berada hampir dengan lokasi kejadian.
Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail memaklumkan usaha pemadaman dilakukan bomba Langkawi dengan bantuan Jabatan Laut Kedah.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#API
#kebakaran
#kemalangan
#Langkawi
#mangsa
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan