awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival Chingay disambut sederhana ekoran COVID-19

Bernama
Bernama
14/02/2020
22:47 MYT
Festival Chingay disambut sederhana ekoran COVID-19
Kelihatan kaum keluarga penganut agama Buddha mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka susulan penularan Covid-19 ketika berkunjung sambil menyaksikan Festival perarakan Chingay tahun ini. --fotoBERNAMA
Festival perarakan Chingay yang dianjurkan di bandar raya ini tetap meriah meskipun disambut secara sederhana kali ini berikutan kebimbangan risiko jangkitan COVID-19.
Tinjauan Bernama mendapati ribuan orang membanjiri Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Ayer Molek di sini, yang menjadi lokasi pertama perarakan lima dewa bagi upacara keagamaan itu.
Persekutuan Tiong Hua, penganjur festival berkenaan juga dilihat mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan pasukan kesihatan bagi memeriksa suhu badan setiap pengunjung yang memasuki kawasan kuil berkenaan.
Penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman tangan turut diedarkan kepada orang ramai.
Kelihatan pengunjung yang menyertai upacara keagamaan berkenaan mengenakan penutup hidung dan mulut, mula membanjiri kawasan kuil seawal pukul 3 petang.
Perarakan berskala kecil sepanjang lapan kilometer di sekitar bandar Johor Bahru, bermula dari Kuil Xing Gong dengan menggunakan lima kereta berhias berbanding 17 kereta berhias pada tahun lepas.
Perarakan yang bermula pada 7 malam itu, tamat kira-kira 9 malam tadi.
Festival yang memasuki tahun ke-150 penganjurannya itu membawa maksud yang signifikan kepada masyarakat Tionghua kerana menggambarkan semangat permuafakatan yang kukuh antara kelima-lima suku dialek iaitu Teochew, Hokkien, Hakka, Guangsiew dan Hainan.
Kerajaan negeri sebelum ini telah menasihatkan penganjur acara-acara utama supaya menangguhkan atau mengadakan secara kecil-kecilan berikutan jangkitan virus berkenaan, yang bermula di China tetapi telah menular ke seluruh dunia.
Malaysia mencatatkan 19 kes COVID-19 setakat ini manakala 67 kes dilaporkan di Singapura yang berjiran dengan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cecair pembasmi kuman
#China
#Chingay
#COVID-19
#festival
#jangkitan
#Johor Bahru
#koronavirus
#Kuil Xing Gong
#pasukan kesihatan
#penganjur
#penutup hidung dan mulut
#perarakan
#suhu badan
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan