Kementerian Kewangan akan menganjurkan Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019 untuk tujuan pemerkasaan celik kewangan, serta melahirkan masyarakat digital.

Kementerian dalam satu kenyataan media hari ini berkata, festival itu akan mempamerkan literasi teknologi kewangan terkini, dan masa hadapan.

“Festival ini bukan sekadar meningkatkan celik kewangan, tetapi juga bertujuan untuk memperkasakan orang ramai dengan menyediakan maklumat terkini kewangan dan pembangunan teknologi baharu ekonomi digital.

“Kami ingin memastikan kebersediaan anak muda kini, dan masa hadapan, dengan menjamin peluang ekonomi dan pekerjaan untuk masa hadapan,” katanya melalui kenyataan itu lagi.

Festival Putrajaya Lift akan bertempat di tiga lokasi, iaitu di Menara Perkeso @ Putrajaya, Bangunan Suasana PjH, dan kompleks Kementerian di Putrajaya/

Festival yang berlangsung selama dua hari mermula 28 Disember itu, bakal memperlihatkan konsep yang menyeronokkan dan interaktif, dengan persembahan seni dan teknologi yang memberikan gambaran kewangan di masa hadapan.

Selain itu, kementerian berkata, festival itu bakal memberikan inspirasi, serta maklumat relefvan dan praktikal terhadap pemerkasaan kewangan dalam dunia teknologi dan digital yang dinamik pada masa kini.