awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIC: Reman dua pegawai kanan syarikat disambung empat hari

Bernama
Bernama
27/07/2017
03:49 MYT
FIC: Reman dua pegawai kanan syarikat disambung empat hari
Lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset itu sebelum ini direman selama enam hari bermula 22 Julai.- Foto BERNAMA
Tahanan reman terhadap dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan berhubung kes pembelian sebuah hotel empat bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC), disambung empat hari lagi.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula esok hingga 31 Julai ini.
Lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset itu sebelum ini direman selama enam hari bermula 22 Julai.
Mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan antara 2013 dan 2015.
Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 1 tengah hari pada 21 Julai lepas apabila hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda Investment Corporation FIC
#hotel
#London
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan