Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selaras dengan Malaysia yang sedang menuju ke arah negara maju, rakyat negara ini mesti memikirkan cara untuk menambah pendapatan dan bukan bergantung sepenuhnya kepada campur tangan kerajaan mengawal pasaran.
Perdana menteri berkata kerajaan akan terus membantu dalam pelbagai cara, namun pada masa sama, rakyat hendaklah berusaha untuk menambah pendapatan dan mengasah kemahiran yang ada.
"Untuk meningkatkan pendapatan, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperoleh dana perniagaan.
"Sebagai contoh, program-program seperti TEKUN, MARA, TERAJU, SUPERB, Program Penjaja 1Malaysia, Tabung Ekonomi Belia, Program Peningkatan Pendapatan dan banyak lagi," katanya menerusi catatan terbaharu blog beliau hari ini.
Najib berkata, kerajaan juga telah membantu mendapatkan peluang pekerjaan seperti mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan 1Azam.
Menurut perdana menteri, kos sara hidup sering menjadi isu yang hangat diperbincangkan bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia berikutan kelembapan ekonomi global yang sedang melanda.
Lantaran itu, Najib berkata kerajaan telah sekian lama memperkenalkan dua cara untuk mengatasi masalah kos sara hidup iaitu dengan mempertingkatkan pendapatan dan mengurangkan kos barangan.
"Walaupun kerajaan telah memberikan subsidi dan melaksanakan penurunan harga barang keperluan asas, namun apa yang lebih penting adalah meningkatkan pendapatan kerana taraf hidup yang lebih baik terjamin buat jangka masa panjang," katanya.
Justeru beliau menasihati rakyat negara ini agar bangkit dan berusaha ke arah mempertingkatkan prestasi diri sendiri.
"Bak kata peribahasa Melayu, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih, tak akan datang melayang. Maksudnya, jika kita inginkan sesuatu, kita kenalah berusaha kerana rezeki tidak datang bergolek," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017
NAJIB: Rakyat negara ini mesti memikirkan cara untuk menambah pendapatan dan bukan bergantung sepenuhnya kepada kerajaan mengawal pasaran. - Gambar fail
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.