Firma guaman yang mewakili 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di dalam saman bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan set rantai leher termasuk berlian merah jambu 22 karat bernilai US$27.3 juta yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB, telah menarik diri daripada mewakili 1MDB.
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili 1MDB memberitahu wartawan bahawa firma guaman itu, Tan Hock Chuan Co telah memohon untuk menarik diri daripada mewakili syarikat itu kerana mereka tidak mendapat arahan daripada 1MDB.
“Mahkamah membenarkan permohonan kami... pada masa ini 1MDB tidak mempunyai peguam, tetapi kami akan memaklumkan syarikat berkenaan,” katanya kepada wartawan selepas bertemu dengan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar pada Khamis.
Sementara itu peguam Damien Chan yang mewakili Khairuddin berkata mahkamah telah menangguhkan pendengaran yang dipohon defendan, Rosmah, Low Taek Jho atau Jho Lo dan 1MDB untuk membatalkan saman Khairuddin, ke 21 Jun untuk pengurusan kes bagi pihak terlibat mengemas kini status masing-masing.
Pada Khamis, mahkamah dijadualkan mendengar permohonan daripada tiga defendan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Khairuddin terhadap mereka.
Defendan-defendan memfailkan permohonan itu pada 7 Sept 2017, dengan alasan Khairudin tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap mereka.
Khairuddin memfailkan saman pada 16 Ogos 2017 dan mendakwa antara Jun 2013 hingga Mac 2014, Jho Low menerusi ejennya telah membeli set barang kemas itu daripada peniaga barang kemas, New York Lorraine dengan nilai US$27.3 juta. Beliau mendakwa wang yang digunakan diambil daripada 1MDB.
Khairuddin seterusnya mendakwa barang kemas berkenaan, dalam bentuk berlian berwarna merah jambu bernilai US$23 juta dan rantai leher bernilai US$4.3 juta, diterima Rosmah sebagai hadiah pada Mac 2014.
Oleh demikian, beliau memohon mendapatkan perintah mahkamah agar Rosmah mengembalikan barang kemas berkenaan kepada 1MDB dan Jho Low membayar jumlah wang yang didakwa diambil daripada 1MDB, di samping ganti rugi, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 17 2018
Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili 1MDB memberitahu Tan Hock Chuan & Co telah memohon untuk menarik diri daripada mewakili syarikat itu kerana mereka tidak mendapat arahan daripada 1MDB. -- fotoBERNAMA
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
1MDB: Pendakwaan pertikai soalan tidak relevan oleh pihak pembelaan Najib
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan pasukan pembelaannya dalam mengemukakan soalan yang tidak relevan kepada Tan Sri Esmee Ismail.
SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Ma
Bon 1MDB: Goldman Sachs Singapore akan bayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura
Goldman Sachs Singapore Pte (GSSP) akan membayar AS$122 juta kepada kerajaan Singapura atas peranannya dalam penawaran bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
'Kenyataan SPRM tidak benar, tiada persetujuan bebaskan Riza' - Tommy Thomas
Tommy Thomas berkata, tidak ada sebarang persetujuan untuk membebaskan Riza daripada pertuduhan.
Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB - Ambrin
Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Tawaran pampasan RM1 bilion Goldman Sachs 'tidak memadai' - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.
Sejak saya masuk kerja sampai sekarang saya 'uphold' integriti saya - Shukri Abdull
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menekankan kepentingan integriti dalam dirinya antaranya mengotakan janji yang dibuat kepada PM.