Sempadan maritim negara kini boleh dianggap berada dalam situasi kritikal apabila isu-isu berkaitannya masih belum diselesaikan, terutama melibatkan negara-negara jiran dan serantau yang lain.

Antara kawasan sempadan maritim yang belum diselesaikan termasuk di Singapura berkaitan Batu Puteh, Indonesia di Selat Melaka dan Selat Singapura serta dengan China di Laut China Selatan.

Malah, krisis persempadanan maritim yang belum selesai ini menyebabkan pelbagai masalah dari segi hak negara untuk mengeksplotasi perikanan, perlombongan petroleum, penjagaan alam sekitar marin dan yang paling utama, kedaulatan negara mungkin tercabar.


Mahkamah Timbangtara Kekal yang bersidang di The Hague, Belanda telah menolak tuntutan China serta menolak '9 dash line' sebagai tidak berasas. Penolakan tuntutan sejarah oleh China tidak bermakna tuntutan itu tidak berasas. - Foto REUTERS
Mahkamah Timbangtara Kekal yang bersidang di The Hague, Belanda telah menolak tuntutan China serta menolak '9 dash line' sebagai tidak berasas. Penolakan tuntutan sejarah oleh China tidak bermakna tuntutan itu tidak berasas. - Foto Reuters

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, Malaysia perlu belajar dari sejarah silam bahawa kedaulatan negara bukan sesuatu yang boleh dijual beli.

"Pemimpin-pemimpin kita di zaman sebelum kemerdekaan mungkin tidak mengerti kepentingan menjaga pulau-pulau dan keutuhan wilayah maritim sehingga tergadainya Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 kepada British.

"Impak daripada ini juga menyebabkan kita kehilangan Batu Puteh pada tahun 2008. Kerajaan sepatutnya memainkan peranan lebih tegas menjaga sempadan maritim tanah air yang bertindih dengan negara-negara jiran.

"Tidak salah Kerajaan memfokuskan persempadanan pilihan raya kerana ketika ini adalah musim pilihan raya. Tetapi isu sempadan maritim ini jangan diabaikan kerana ia boleh merobek kedaulatan negara yang kita bina bersama selama ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Isnin.

Tegasnya, adalah penting bagi rakyat Malaysia belajar dari kesilapan lalu agar kedaulatan negara terpelihara.

Pemimpin-pemimpin kita di zaman sebelum kemerdekaan mungkin tidak mengerti kepentingan menjaga pulau-pulau dan keutuhan wilayah maritim sehingga tergadainya Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 kepada British. Impak daripada ini juga menyebabkan kita kehilangan Batu Puteh pada tahun 2008. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM
Pemimpin-pemimpin kita di zaman sebelum kemerdekaan mungkin tidak mengerti kepentingan menjaga pulau-pulau dan keutuhan wilayah maritim sehingga tergadainya Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 kepada British. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM


Sementara itu, Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, sesuatu perlu dilakukan oleh negara bagi menghadapi tuntutan China di Laut China Selatan.

"Tuntutan sejarah menjadi asas kepada tuntutan yang telah lama di buat oleh China terhadap pulau-pulau serta bentuk maritim di Laut China Selatan.

"Mahkamah Timbangtara Kekal (Permanent Court of Arbitration) yang bersidang di The Hague, Belanda telah menolak tuntutan China serta menolak '9 dash line' sebagai tidak berasas.

"Penolakan tuntutan sejarah oleh China tidak bermakna tuntutan itu tidak berasas. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menerima tuntutan Malaysia dengan mengiktiraf kedaulatan Empayar Kesultanan Johor sebagai empayar yang memerintah wilayah Johor dan jajahannya termasuk Batu Puteh pada ketika itu," ujarnya.

Justeru, Malaysia yang dilihat sebagai rakan baik dengan China perlu menggunakan kuasa diplomasi lantaran ia dilihat sebagai jalan terbaik yang digunakan sejak sekian lama termasuk semasa zaman Tun Perak sewaktu era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.


Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata sesuatu perlu dilakukan oleh negara bagi menghadapi tuntutan China di Laut China Selatan. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM
Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata sesuatu perlu dilakukan oleh negara bagi menghadapi tuntutan China di Laut China Selatan. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM


Dalam pada itu, Ketua Pusat Persekitaran dan Marin, Institut Maritim Malaysia (MIMA), Cheryl Rita Kaur berkata inisiatif Malaysia untuk menjadikan sebahagian kawasan di selatan Selat Melaka sebagai kawasan lindungan (Particularly Sensitive Sea Area - PSSA) merupakan usaha yang baik, namun kini terbantut.

"Kerajaan Malaysia telah memainkan peranan dalam pelaksanaan (PSSA) di perairan Selat Melaka sekitar Pulau Kukup dan Tanjung Piai demi menjaga alam sekitar maritim di kawasan tersebut yang terjejas akibat aktiviti perkapalan.

"Bagaimanapun, apabila permohonan PSSA ini diajukan di International Maritime Organisation (IMO) di London, Indonesia telah membuat bantahan atas alasan pertindihan sempadan maritim," katanya.


Ketua Pusat Persekitaran dan Marin, Institut Maritim Malaysia (MIMA), Cheryl Rita Kaur berkata inisiatif Malaysia untuk menjadikan sebahagian kawasan di selatan Selat Melaka iaitu di Kukup dan Tanjung Piai sebagai kawasan lindungan (Particularly Sensitive Sea Area) merupakan usaha yang baik namun kini terbantut. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM
Ketua Pusat Persekitaran dan Marin, Institut Maritim Malaysia (MIMA), Cheryl Rita Kaur berkata inisiatif Malaysia menjadikan sebahagian kawasan di selatan Selat Melaka sebagai kawasan lindungan (PSSA) merupakan usaha yang baik, namun kini terbantut. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM


Mereka bertiga sebelum itu menjadi panel dalam seminar bertajuk ‘Reasserting Malaysia’s Maritime Boundary: New Development’ anjuran Fakulti Undang-Undang UiTM dan Unit Undang-Undang Antarabangsa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM di UiTM Shah Alam, pada Isnin.

Seminar tersebut merumuskan bahawa sempadan maritim negara bermasalah dan perlu ditangani dengan segera menerusi kerjasama Kerajaan, ahli akademik dan rakyat Malaysia.


Mereka bertiga sebelum itu menjadi panel dalam seminar bertajuk ‘Reasserting Malaysia’s Maritime Boundary: New Development’ anjuran Fakulti Undang-Undang UiTM dan Unit Undang-Undang Antarabangsa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM di UiTM Shah Alam, semalam. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM
Mereka bertiga sebelum itu menjadi panel dalam seminar bertajuk ‘Reasserting Malaysia’s Maritime Boundary: New Development’ anjuran Fakulti Undang-Undang UiTM dan Unit Undang-Undang Antarabangsa, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM di UiTM Shah Alam, semalam. - Foto Fakulti Undang-Undang UiTM