awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus utama Mustapa bantu stabil ekonomi semasa

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
11/03/2020
06:47 MYT
Fokus utama Mustapa bantu stabil ekonomi semasa
Mustapa dan Azmin Ali bergambar bersama pegawai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). - Gambar Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Datuk Seri Mustapa Mohamed menggariskan dua perkara yang akan menjadi fokus utama dalam tugas beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Menurut beliau, kedua-dua fokus itu ialah usaha menstabilkan keadaan ekonomi semasa serta menyiapkan kerja-kerja yang telah dilaksanakan bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tumpuan yang akan diberikan oleh beliau juga sejajar dengan apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Kabinet Malaysia 2020 yang pertama pada Rabu.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin sudahpun menggariskan beberapa perkara dan salah satu keutamaan ialah keadaan ekonomi.
"Kita menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada masalah harga minya, pengangguran, penularan wabak Karonavirus (COVID-19), sektor pelancongan yang turut terjejas.
"Perkara kedua pula ialah untuk menyiapkan kerja-kerja yang telah dilaksanakan Mohamed Azmin dalam menyediakan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang mana gagasanya ialah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030)," katanya kepada wartawan, di sini hari ini.
Mustapha memulakan tugas hari pertama selepas dilantik menjawat jawatan itu yang disambut Mohamed Azmin yang kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, pihaknya menyokong penuh perancangan Perdana Menteri untuk menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bagi menstabilkan kedudukan ekonomi negara pada tahap terbaik.
“Kita amat mengalu-alukan penubuhan EAC dan ini merupakan keutamaan kerajaan memandangkan pada Isnin depan Perdana Menteri akan mempengurusikan mesyuarat sekali gus membuktikan beliau (Muhyiddin) pandang serius masalah ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#ekonomi
#menteri dijabatan perdana menteri ekonomi
#Muhyiddin Yassin
#Mustapa Mohamed
#RMK12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan