awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FRIM Inc. mampu kurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan - Wan Junaidi

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
03/09/2017
08:47 MYT
FRIM Inc. mampu kurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan - Wan Junaidi
WAN JUNAIDI: "Saya mahu FRIM boleh berdikari sepenuhnya dalam tempoh 5 tahun lagi." - Gambar fail
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yakin penubuhan FRIM Inc. mampu memajukan dan membangunkan hasil penyelidikan dalam sektor perhutanan.
Menterinya Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini merupakan antara langkah yang diambil oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan.
"Kementerian Kewangan sudahpun luluskan penubuhan FRIM Inc. pada 4 Ogos lalu.
"Saya mahu FRIM boleh berdikari sepenuhnya dalam tempoh 5 tahun lagi.
"Ketika itu, FRIM tidak lagi perlu minta kerajaan kerana ada sumber kewangan sendiri daripada komersialisasi dari produk sendiri, royalti atau levi dari produk dan sebagainya," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Hari Raya Korban Perdana Kementerian itu di Masjid Jamek FRIM di sini, hari ini.
Pada 7 April 2016, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang FRIM 2016 yang antara lain membenarkan institut itu menubuhkan atau memajukan syarikat untuk memperkukuhkannya menjadi satu badan berkuasa bagi mengkomersil dan mengurus program atau projek berkaitan bidang penyelidikan.
Sementara itu, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mahmod berkata kira-kira 150 produk berpotensi akan dikomersilkan pada peringkat awal.
Jelas Abd Latif, 15 produk terbaik disasarkan berada di pasaran tahun depan, dengan jangkaan pendapatan sehingga RM200 juta selepas tiga tahun di pasaran.
Katanya, antara produk berpotensi adalah perabot dari hasil hutan yang diusahakan oleh peniaga bumiputera.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Dr Abd Latif Mahmod
#FRIM
#FRIM Inc
#Kementerian Kewangan
#perabot
#perhutanan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan