Gabenor Wilayah Autonomi Muslim Mindanao Filipina, Mujiv Hataman memaklumkan tiga militan warga Malaysia antara yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara itu di Marawi.
"Ini berdasarkan laporan dari pihak tentera," kata beliau melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Astro Awani hari ini.
Sebelum ini, The Associated Press (AP) dalam temuramah dengan Panglima Filipina, Jeneral Eduardo Ano menyatakan tiga militan warga Malaysia dipercayai terbunuh dalam pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan pemberontak di Marawi.
Selain warga tempatan dan warga Malaysia, turut terbunuh adalah seorang warga Indonesia dan seorang warga Arab Saudi.
Tambah Ano, pihaknya kini sedang giat berusaha bagi memecahkan kepungan yang telah berlarutan selama seminggu di bandar itu.
Menurutnya, kumpulan pemberontak juga merancang untuk membakar bandar Marawi dan membunuh seberapa ramai penduduk Kristian di bandar berhampiran Iligan, sepanjang bulan Ramadan ini.
Tiga rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina baru-baru ini.
Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daish.
Hafiz Marzukhi
Tue May 30 2017
Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Daish. - Foto REUTERS/Romeo Ranoco
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.