Tutup

Gadis 16 tahun imbuhan mat rempit di Shah Alam

Gadis 16 tahun imbuhan mat rempit di Shah Alam
Sejumlah 60 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Shah Alam awal pagi ini. Astro AWANI
SHAH ALAM: Demi mengejar imbuhan gadis berusia 16 tahun yang jadi taruhan, sekumpulan 'Mat Rempit' sanggup memecut keliling Dataran Shah Alam di sini, mengganggu penduduk dengan bunyi bingit enjin motor.

Perkara ini didedahkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menggempur lokasi terbabit dalam satu operasi pagi ini.
Ini berikutan aduan dari pemilik hotel dan pengunjung bandar raya Shah Alam yang merasa terancam dengan gangguan bunyi bising dari si 'samseng' jalanan.

Ekoran dari itu, operasi bersepadu samseng jalanan yang diketuai Inspektor Mohd Nazli Nordin, bersama 50 anggota dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peronda PVR mula mengepung laluan utama si samseng jalanan.
"Hasilnya, 60 saman dikeluarkan. 22 darinya kesalahan tidak memiliki lesen memandu. Turut disita, 15 buah motosikal.

"Polis percaya kekerapan operasi mampu mengekang masalah sosial dan sekali gus mendidik penunggang motosikal lebih berhemah," kata Mohd Nazli.

Operasi berakhir kira-kira jam 6 pagi.