Seorang gadis melalui detik hitam selama tujuh tahun apabila menjadi mangsa cabul dan rogol bapa kandungnya sendiri sejak tahun 2013.

Malah, suspek turut bertindak merogol mangsa sebanyak tiga kali seminggu dan mengugut mangsa supaya berdiam diri atau ibunya akan dipukul.

Kejadian tersebut terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun bertindak memberitahu gurunya di sekolah untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa pada 5.30 petang, Khamis lalu.

“Berdasarkan keterangan mangsa pada awalnya, suspek hanya meraba seluruh anggota badan namun semakin berani dengan merogol mangsa sebanyak tiga kali seminggu.

“Mangsa telah dibawa ke hospital dan pihak hospital telah mengesahkan terdapat kesan koyakan pada bahagian hymen mangsa dan juga kesan lecet. Mangsa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata suspek telah melarikan diri dan tindakan mengesannya sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat dibawah sekysen 376B Kanun Keseksaan (Sumbang Mahram) dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-229 9906.