awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
10/12/2018
07:37 MYT
Gagal minta MP Jelutong mohon maaf, MP pembangkang keluar dewan
RSN Rayer enggan mohon maaf. - Gambar fail
Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas desakan agar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memohon maaf kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana menyebabkan Datuk Sivarrajh Chandran dilarang memasuki persidangan dewan tidak diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.
Ia berlaku apabila semasa sesi penggulungan Rang Undang-undang Kewangan 2018, menyaksikan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin bangun dan mendakwa Ahli Parlimen Jelutong berniat jahat terhadap Sivarrajh menyebabkan penggantungan selama dua hari sebagai ahli parlimen.
Sivarrajh berkata beliau menerima pengakuan speaker dewan rakyat yang disifatkannya sebagai kesilapan menggantung beliau sebagai ahli parlimen selama dua hari.
Jawapan Sivarrajh itu kemudian mengundang kekecohan dan ahli parlimen kerajaan bertegas, speaker tidak melakukan kesilapan.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Jelutong enggan memohon maaf.
Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan permohonan maaf itu diteruskan.
Keadaan berlarutan apabila Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masuk campur dan terus mendesak RSN Rayer memohon maaf kepada Sivarrajh.
“Ini maruah, kena selesaikan dulu. Dia telah menghina YB Cameron Highlands,” kata Tajuddin.
Pertikaman lidah berlangsung selama lebih 15 minit terutama apabila Tajuddin dan Bung Moktar enggan berdiam dengan pendirian mereka.
Timbalan Speaker kemudian mengarahkan dua ahli parlimen itu keluar dewan.
Berang dengan arahan itu, kebanyakan ahli parlimen pembangkang kecuali Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.
Tajuddin dan Bung Moktar digantung daripada memasuki dewan rakyat selama sehari.
Topic Berkaitan
#Bung Mokhtar
#Cameron Highlands
#Dewan Negara
#Jelutong
#pembangkang
#Rashid Hasnon
#RSN Rayer
#Sivarrajh Chandran
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan