Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Gagal patuhi arahan kuarantin, anda boleh dipenjara

Gagal patuhi arahan kuarantin, anda boleh dipenjara
Penalti am tersebut termaktub di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Individu yang gagal mematuhi arahan perintah kuarantin di rumah akibat penularan wabak COVID-19 bakal berdepan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Penalti am tersebut kini termaktub di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Malah, hukuman lebih berat boleh dikenakan jika masih gagal patuh arahan yang dikeluarkan.

Penalti Am
24. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan —

(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya;

(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya;
(c) berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

Malah, mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah.

Pemerhatian atau pengawasan kontak

15. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
 
(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.

Selain itu, sepanjang tempoh diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian, seseorang individu dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan dan kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan seseorang itu berdepan hukuman.

Sejak penularan COVID-19, arahan kuarantin sama ada di hospital atau di rumah dikeluarkan bagi mengekang penularan penyakit berjangkit itu yang diisytiharkan sebagai pandemik.

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988
Pemerhatian atau pengawasan kontak
Penalti am


Tag: koronavirus, perintah kuarantin, arahan kuarantin, kuarantin COVID19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.