awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah sesat cari makanan di dewan makan SMK Telupid

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2018
06:43 MYT
Gajah sesat cari makanan di dewan makan SMK Telupid
Ketika kehadiran haiwan itu, kesemua pelajar dan kakitangan sekolah berada di dewan makan itu. - Foto Facebook/inforoadblockjpjpolis
Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid di sini gempar apabila seekor gajah menyelinap masuk ke dewan makan asrama sekolah terbabit.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan berkata, kehadiran haiwan itu disedari pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.
Menurutnya, ketika kehadiran haiwan itu, kesemua pelajar dan kakitangan sekolah tidak berada di dewan makan itu.
"Saya telah menghubungi pengetua sekolah tersebut dan beliau memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 1.45 pagi.
"Gajah itu kemudian keluar dengan sendirinya dari sekolah terbabit," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambah Shivananthan, insiden itu merupakan insiden serius kerana melibatkan keselamatan pelajar sekolah.
Video gajah sesat itu masuk di ruang dewan makan SMK Telupid tular di laman sosial sejak pagi ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah diarahkan untuk melawat lokasi kejadian.
Menurutnya, berdasarkan laporan awal, terdapat beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki.
"Pihak sekolah dan PPD akan menyenaraikan kerosakan yang berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pihak sekolah turut meminta bantuan pihak berkuasa dan Jabatan Hidupan Liar bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah terjamin.
Topic Berkaitan
#asrama
#dewan makan
#gajah
#Jabatan Hidupan Liar
#Ketua Polis Daerah Beluran
#Maimunah Suhaibul
#SMK Telupid
#Superintendan V Shivananthan
#Telupid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan