awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaji Arul Kanda lebih tinggi ketika di UAE berbanding 1MDB - Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/08/2018
08:03 MYT
Gaji Arul Kanda lebih tinggi ketika di UAE berbanding 1MDB - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata Arul telah mengambil risiko pemotongan gaji untuk bekerja dengan 1MDB.
Gaji yang diterima bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy jauh lebih tinggi ketika bekerja di sebuah bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata Arul telah mengambil risiko pemotongan gaji untuk bekerja dengan 1MDB.
“Dia mendapat gaji lebih tinggi ketika bekerja di bank dekat UAE. Jadi dia (Arul) sanggup potong gaji untuk menyertai 1MDB,” ujar Najib ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.
BACA: Jangan tumbuk di bawah pusat, kata Mat Sabu kepada Najib
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan ganjaran gaji diterima Arul bernilai RM5 juta.
Ujarnya, nilaian gaji berkenaan adalah dalam tempoh enam bulan mulai Januari hingga Jun lalu.
Menurutnya, bagaimanapun Arul hanya dibayar setakat RM2.5 juta dan bakinya sepatutnya dijelaskan selepas 30 Jun 2018.
Sebelum berkhidmat di 1MDB, Arul pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan Abu Dhabi Commercial Bank serta ahli lembaga pengarah Global Investment House (Kuwait).
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda
#Emiriah Arab Bersatu
#gaji
#Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB
#Lim Guan Eng
#Najib Tun Razak
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan