awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Galakkan guna beg mesra alam, bukan suruh rakyat beli plastik - Noh Omar

Bernama
Bernama
10/01/2017
00:15 MYT
Galakkan guna beg mesra alam, bukan suruh rakyat beli plastik - Noh Omar
NOH: Kerajaan Selangor perlu menggalakkan penggunaan beg mesra alam sebagai alternatif kepada peraturan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik. - Gambar fail
Kerajaan Selangor perlu menggalakkan penggunaan beg mesra alam sebagai alternatif kepada peraturan yang memperuntukkan bayaran 20 sen untuk satu beg plastik.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pengharaman penggunaan beg plastik di Selangor yang berkuat kuasa 1 Jan lepas dilihat tidak membantu matlamat mewujudkan persekitaran yang bersih .
"Matlamat untuk wujudkan persekitaran bersih tidak akan tercapai sekiranya kemudahan untuk membeli beg plastik disediakan.
"Justeru, alternatif lain perlu dirancang seperti menggalakkan pemberian beg terbiodegradasi yang lebih mesra alam, dan bukannya suruh rakyat beli beg plastik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyampaikan watikah pelantikan kepada 380 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan 380 setiausaha JKKKP Selangor, di sini hari ini.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong dilapor berkata bayaran 20 sen bagi penggunaan beg plastik itu adalah selaras dengan 'Kempen Selangor Bebas Plastik' yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beg mesra alam
#JKKKP
#plastik
#Selangor
#Tan Sri Noh Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan