awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: 26 peratus kawasan terlibat pulih setakat 9 malam

Bernama
Bernama
15/07/2020
16:23 MYT
Gangguan air: 26 peratus kawasan terlibat pulih setakat 9 malam
Sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Lumpur, mengalami gangguan bekalan air berjadual.
Sebanyak 26 peratus kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual di Selangor dan Kuala Lumpur sejak semalam, telah pulih sepenuhnya setakat pukul 9 malam tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, 74 kawasan terlibat telah pulih, manakala 216 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.
"Peratusan pemulihan di Selangor iaitu wilayah Kuala Langat kini 75 peratus, Gombak (73 peratus), Klang/Shah Alam (sifar peratus) dan Petaling (49 peratus), manakala Kuala Lumpur (18 peratus).
"Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan, untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau turut menasihatkan pelanggan yang sudah menerima bekalan air, agar membiarkan pili air mengalir sehingga bekalan air kelihatan bersih dan jernih, bagi membolehkan sisa mendapan dialir keluar.
Pada 6 Julai, Air Selangor memaklumkan 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Lumpur, akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 14 hingga 17 Julai ini berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#bekalan air
#Klang
#Kuala Langat
#Kuala Lumpur
#Pulih
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan