awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Johor kembali dilanda banjir, enam PPS dibuka di Segamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Bandar Bukit Puchong dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini

Bernama
Bernama
04/05/2020
12:47 MYT
Gangguan bekalan air di Bandar Bukit Puchong dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini
Status terkini akan disalur kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor.
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Bandar Bukit Puchong di Wilayah Sepang dan Petaling berikutan paip pecah di pintu masuk Apartment Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2 dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bagaimanapun bekalan air ke Apartment Baiduri Court masih terganggu berikutan kerja pembaikan paip sambungan ke apartment itu masih giat dijalankan dan dijangka siap pada 6 pagi esok.
"Sehingga 6 petang hari ini, bekalan air telah mula disalurkan kepada pengguna di kawasan Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9 di Wilayah Petaling, dan Bandar Bukit Puchong 10 hingga 17 di Wilayah Sepang secara berperingkat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata Air Selangor telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bekalan air secara alternatif melalui lori tangki terus ke tangki sedut Apartment Baiduri Court dan seterusnya dapat diagihkan kepada pengguna.
Menurutnya, Air Selangor akan terus menyalurkan status terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Air Selangor
#bekalan air
#PAIP
#Petaling
#Puchong
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan