awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Klang pulih sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
14/05/2019
01:47 MYT
Gangguan bekalan air di Klang pulih sepenuhnya - Air Selangor
Kerja pembaikan berkenaan perlu dilakukan dengan berhati-hati berikutan tapak pembinaan yang berisiko tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
Kerja-kerja pemasangan dan pengalihan paip utama yang pecah berhampiran Lebuhraya West-Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping Sabtu lepas telah selesai pada kira-kira pukul 3 petang semalam.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata susulan itu gangguan bekalan air yang dihadapi oleh warga Klang susulan kejadian itu kini sudah pulih sepenuhnya.
"Pemasangan jajaran paip baharu ini merupakan penyelesaian kekal bagi penyaluran bekalan air kepada pelanggan yang menerima bekalan dari Kolam Lipat Kajang dan telah dapat meningkatkan kapasiti air terawat dan pemulihan sepenuhnya kepada semua kawasan terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Abdul Raof, pihak Air Selangor turut memohon maaf kepada semua pelanggan yang terkesan dengan gangguan bekalan air berkenaan dan tidak dapat menepati sasaran awal jadual kerja pembaikan dan pemulihan bekalan.
Katanya ia kerana kerja pembaikan berkenaan perlu dilakukan dengan berhati-hati berikutan tapak pembinaan yang berisiko tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas aset dan pekerja.
"Sepanjang kerja pembaikan berlaku beberapa pergerakan tanah dan kebocoran lain di jajaran paip yang sama.
"Situasi ini menyebabkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air yang disasarkan ditunda beberapa kali," katanya.
Insiden tiga paip utama pecah di tapak projek WCE sejak Sabtu lepas menyebabkan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan di Klang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Air Selangor
#catuan air
#Lebuhraya West-Coast Expressway
#masalah air
#paip pecah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan